si polan bin si polan menghantar berita, burung merpatinya sampai setelah lebih sepurnama terbang mencari destinasi....ada perkhabaran terbaru untuk penglipur lara...mengenai keadaan ladang yang kian hari, kian caca marba, ibarat menantik detik untuk ditimpa bencana.
...Al kisahnya, sesudah pengurus kewangan mengundurkan diri, kerana tidak mahu tangan dan kaki makin terus kotornya daki, sekonyong-konyong itu, pengurus ladang mahu bersorak gembira. Ikutkan hati. mahu sahaja diadakannya kenduri tujuh hari tujuh malam, tetapi tahu juga dia, takut nanti tuan punya ladang pulak yang tumbang....
hati gembira bukan kepalang, kerana terpelihara juga segala tembelang. Antara tembelangnya, yang buatkan pengurus kewangan sebelumnya sakit hati, ialah tindakan suka hati pengurus ladang menganugerahkan habuan bukan lagi lumayan kepada dayang kepercayaannya, yang cuma tahu mendengus apabila ditanya apa-apa.
ada yang mahu bersuara, tapi takutlah pulak nanti diherdik tanpa usul periksa. Itu sudah banyak kali terjadi, seperti ketika pengurus ladang dengan bangga diri, mengisytiharkan bahawa pemilik ladang baru sahaja menyambung kontraknya. "Jika ada yang tidak puas hati, lebih baik angkat kaki," begitulah lebih kurang kata pengurus ladang yang disampaikan si polan bin si polan menerusi burung merpatinya....
habuan dayang kepercayaan memang besar, hampir mencecah angka seperti bendahara yang kini berhijrah ke negara padang pasir. Yang pasti, si laksamana pencen janggut putih yang hanya tahu bersuara lantang, habuannya ciput jika mahu dibanding si dayang kepercayaan si pengurus ladang.
ada lagi, bisik burung merpati ajaib ini, yang pandai pula berkata-kata....
kononnya, yang tidak pernah dibuat orang, pengurus ladang juga sudah mengupah hulubalang-hulubang, untuk berjaga malam dan siang, daripada syarikat yang dia ada kena mengena juga. habuannya? dibanding dengan hulubalang lalu yang pernah diupah, habuannya lebih 30 kali ganda dengarnya.
apa yang tuan punya ladang boleh katakan? entahlah...pegawai lain pun nampaknya tak kisah, asalkan tiba waktu nak dipilih untuk kekalkan jawatan nanti, mereka selamat....alahai!
The King and U
1 week ago
11 comments:
WAH!!! Macam sekerip cerita lembing Awang Pulang Ke Dayang la...tak paham gua beb....
Mr. Khawari@Presiden SAM,
Saya bukan nak komen pasal "kisah ladanglah lagi...". Saya nak komen mengenai Nasional Sports Management Seminar.
Ahli2 SAM dipelawa untuk buat permohonan untuk menyertai Seminar melalui blog SAM dan ada juga yg menerima Email. Namun telah dinyatakan bahawa ianya terhad kepada 6 orang saja.
Pandangan saya... sekiranya penyertaannya terhad... tak payahlah disebar dan dihebahkan, sebab org yg berminat sudah tentu akan apply. Bila tak dapat mereka akan kecewa. Ada lebeh baik diputuskan dalam mesyuarat exco u saja atau u gunalah kuasa u. Pilih saja dari kalangan kroni2 u...
First lesson 2 Mr. Presiden.
Saudara anon 10:40pm,
maklumat disebarkan kepada semua ahli menerusi blog dan juga email mengenai seminar berkenaan.
malah berulangkali dimaklumkan, menerusi wadah sama, tentang tarikh tutup penghantaran permohonan untuk menyertainya.
selepas tarikh tutup, daripada enam tempat yang diperuntukkan, ada tujuh permohonan. satu daripada permohonan daripada individu yang baru menghantar borang dan keahliannya belumpun diluluskan. ianya telah dijelaskan dan individu berkenaan menerima penjelasan berkenaan.
selepas tarikh tutup, ada tiga lagi permohonan diterima. namun ianya terpaksa ditolak, dan setiap individu berkenaan telahpun dimaklumkan menerusi email, mengenai penolakan berkenaan atas sebab permohonan dihantar melepasi tarikh yang ditetapkan.
saudara anon 10:40,
saya tidak pernah mahu menjadikan SAM sebagai platform memperjuangkan agenda peribadi. kerana itu, seperti diketahui oleh semua ahli exco menerusi beberapa mesyuarat yang telah diadakan, semuanya transparent dan dipersetujui. saya tidak pernah membuat keputusan sendirian.
jika saudara anon 10:40pm punya bukti saya tersilap, atau meletakkan kepentingan peribadi ataupun kepentingan kroni-kroni melebihi apa yang sepatutnya, lantas menjadikan saya seorang yang khianat kepada amanah yang diberikan, kemukakanlah dan saya sedia menerimanya. lebih baik cara begitu, daripada bersikap 'baling batu sembunyi tangan.'
jangan kita sesekali berniat hanya untuk memalukan seseorang individu, itu tidak baik. emailkanlah kepada saya sebagai bukti keikhlasan menangani 'apa yang tidak betul' dalam isu ini.
saya hanya manusia biasa yang diberikan amanah untuk mengetuai SAM. Jika saya tersilap, tunjukkanlah. Saya juga percaya bahawa SAM pastinya tidak mahu diketuai pemimpin yang tidak tahu melaksanakan amanah yang diberi.
terima kasih saudara anon 10:40pm.
salam tuan punya blog dan juga saudara anon 10:40..
saya merupakan salah seorang peserta yang saya kira berjaya mendapat tempat ke seminar yang dimaksudkan dan selain itu saya juga merupakan salah seorang exco SAM yang bertanggungjawab untuk menghadiri setiap mesyuarat SAM tanpa gagal.
seperti yang telah diwar2kan dalam blog tentang penawaran ini bahawa ianya telah pun di postkan awal dari tarikh tutup untuk memberi peluang kepada ahli2 sam mencuri peluang menimba pengalaman yang saya kira amat berharga ini sementelah lagi ianya adalah seminar pertama dari msn mengenai pengurusan sukan ini. malangnya saya dimaklumkan tidak ramai yang menghantar permohonan atas sebab2 kesibukan kerja atau perkara2 lain yang mana kita sedia maklum lapangan yang kita sedang ceburi ini walaupun bukan sahaja dimaklumkan melalui blog, malahan e-mail dan juga mulut ke mulut.
selain itu pada satu mesyuarat sam sebelum ini ada membincangkan tentang perkara ini secara telus dan tanpa selindung dimana 2 tempat dari 6 tempat diperuntukkan untuk exco sam. namun atas sebab setiakawan semua exco secara peribadi tanpa paksaan meletakkan kepentingan ahli2 sam lain untuk memohon. mungkin juga sebab kesibukan kerja selain dari komitmen lain yang terpaksa exco2 sam lalui.
maka apabila hampir tarikh tutup saya ada berbincang dengan presiden sam respon terhadap seminar ini dan bertanyakan sama ada perlu atau tidak saya memohon demi memberi laluan kepada ahli2 sam lain. dan presiden sam menyuruh saya memohon kerana waktu itu tiada respon memberangsangkan.
dan akhirnya setelah dibuat senarai pendek nama2 telah dipaparkan dan sememangnya saya menjangkakan bahawa jawapan seperti 'kroni' yang akan keluar di kemudian hari. saya ada bertanya pada presiden sam mengenai nama2 ini termasuk nama saya dan jawapan beliau ialah oleh kerana tarikh tutup telah dekat maka konsep 'first come first serve basis' terpaksa diamalkan. ia supaya tidak menyusahkan pihak penganjur mengatur semua peserta. bermakna nama2 inilah yang telah menghantar dahulu permohonan termasuklah saya walaupun permohonan saya 1 hari sebelum tarikh tutup. soal 'kroni' tidak wujud kerana pada saya kita semua 'kroni' kerana kita kawan2 yang berada di lapangan yang sama. contohlah jika saudara anon 10:40 juga dipilih dan ada pulak rakan lain yang tidak berpuashati, maka perkara yang sama akan terjadi iaitu rasa tidak puas hati dan akhirnya keluarlah statement2 seperti yang saudara anon 10:40 luahkan.
sambung...
sambung..
saudara anon 10:40 perlu tahu bahawa yang menganjurkan ialah msn dan bukan sam, maka msn berhak meletakkan seberapa ramai penyertaan yang mereka mahu hatta kalau mereka tidak mahu sekalipun mereka berhak. tetapi kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada msn kerana hasil perbincangan presiden sam dan msn maka diperuntukkan juga tempat walau 6 sahaja. itu lebih baik dari tiada. dan untuk makluman semua pembaca juga hasil pemerhatian saya MSN TERPAKSA MENOLAK LEBIH 60 PENYERTAAN dari persatuan2 sukan dan jabatan serta agensi berkaitan sukan kerana penyertaan terlalu memberangsangkan. dan setiap persatuan sukan atau jabatan atau agensi hanya dibenarkan menghantar peserta tidak lebih daripada 6 orang dan hasil pemantauan saya juga mendapati kebanyakan dari mereka2 ini hadir dalam bilangan 3 atau 4 orang sahaja. maka sekiranya SAM menghantar ramai ahli ia secara tidak langsung menidakkan hak2 orang yang lebih layak untuk menghadiri seminar ini.
soal 'tidak payah disebarkan' itu hanyalah memburukkan keadaan kerana ahli akan melihat ketidaktelusan exco dalam melaksanakan amanah yang diberi. kerana barisan exco baru yang dipilih sedang berusaha membuat perubahan dengan mengutamakan ahli dan perubahan ini tidak boleh dilakukan secara mendadak selain perlu bantuan dan sokongan ahli2 dan juga bekas2 exco terdahulu.
its not about first lesson mr anon 10:40 but it a good decision from mr presiden because he already learn from the mistake that SAM has done before.
dan untuk pengetahuan juga the first success from mr presiden ialah for 2010 KBS memberi bantuan RM100k untuk sam menjalankan aktiviti. but still barisan exco akan memastikan bahawa wang itu tidak akan diguna sewenang2nya malahan kami akan berusaha untuk mencari lagi dana bagi memastikan persatuan ini terus kukuh dan dihormati oleh industri.
selain itu sambutan dari majlis berbuka puasa di hilton kl sangat luar biasa sehingga penambahan meja untuk rakan2 media terpaksa dibuat di luar dewan makan.
saya bukan orang presiden, bukan proxy dia atau bukan tali barut malahan sewaktu pemilihan saya tidaklah memihak kepada sesiapa termasuk presiden kerana tidak berapa mengenali dia. tetapi selepas pemilihan we have to think positive and work as a team. so kerjasama pasukan ini penting dalam menentukan kejayaan sesuatu organisasi.
last sekali kepada mr anon 10:40. next time always update on sam blog and blog related to sam termasuklah blog2 yang mempunyai pautan dengan sam. dan ingatlah... exco hampir mengorbankan 2 tempat ke seminar ini tetapi oleh kerana perlu ada wakil dari exco untuk membuat laporan maka 1 tempat perlu diisi.. dont worry bukan hanya ini kerjasama sam dengan msn atau lain2 organisasi malahan lebih banyak acara yang bakal menanti untuk ahli2 sam akan datang.
akhir kata majulah sam untuk negara...
Tuan punya ladang tidak akan berkata-kata. Kerana ladangnya bukan dia yang jaga.
Diriwayatkan oleh sang empunya cerita, kecacarmarbaan perjalanan ladang bukan saja tunggang langgang di luaran tapi dalamannya juga turut tunggang terbalik.
Alkisahnya, maka tersebutlah kisah sang rajuna tapa yang memohon limpah kurnia si pengurus ladang untuk bercuti tanpa rekod bagi melaksanakan satu tugasan di negara antah berantah yang berketuakan pak sheikh Arab.
Pengurus ladang bukan main marah dengan permintaan sang rajuna tapa. Dengan muka bengis bak singa tua, dia mengherdik dan tidak merelakan pemergian sang rajuna tapa.
Apa yang sangat menghotkan sang rajuna tapa ialah laksamana janggut putih atau lebih dikenali sebagai mandor mat musang, senang2 saja dibenarkan oleh pengurus ladang pergi barang kemana dia suka pergi.
di dunia ini si pengurus ladang boleh buat apa yang dia suka sebab pemegang2 saham no. 1, 2, 3, dan 4 hanya membisu seriba bahasa. Tapi di akhirat nanti, kanalah jawab mengapa berlaku tidak adil.
anon 10:40...
saya pun ada kat genting ni...syok wooo! sejuk! tp takpe, kalau anon 10;40 nak tau, lepas kursus ni kami(6org) akan bagi report utk dikongsi bersama ahli2 sam yg lain...tak makan sorang punya...kompom! hahahahaha...syok wooo!
Aik, ini ladang bukan loose cannon punya original idea ka?
ladang, pengurus ladang, tuan punya ladang...
daripada
- yang masih mencari ladang -
tuan rizal hashim,
lupa lak nak bagi credit...ya, idea asal daripada ladang loose cannon....thanks
hmmmm...mystery of mydayang from the spaceship...mystery mystery...perhaps mydayang's travelling and accomodation expenses are higher than other humans...as the distance is calculated to and fro outer space.
for the game. for the world.
Post a Comment