Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!

Selamat Tahun Baru 2010.

Semoga tirai tahun baru yang disingkap malam nanti akan menjelmakan sinar baru kepada arena sukan negara.

Banyak cerita kecewa yang sudah kita kongsi bersama, ada juga gembira yang menyentuh jiwa.

Jika ada lakaran yang menyinggung, mohon maaf dipinta. Saya cuba untuk sentiasa bersikap objektif, membicarakan topic dan mengetengahkan pendapat serta pandangan menepati pendekatan 'As I see it, plain and simple.'

Semoga 2010 yang tiba, akan membuka minda kita kepada perbincangan lebih kritis dan rasional. Itu harapan saya.

* Kepada yang 'bising' sebab lama saya tak update blog ini, saya juga mohon maaf. Anda tahu siapa diri anda...hehehe

Thursday, December 3, 2009

Sabaidee dari Vientiane

Bergambar di hadapan Tugu Patuxay, Vientiane, dalam perjalanan ke Pusat Media Utama.


Sabaidee (salam sejahtera) dari Laos.

Saya dan rakan-rakan - Devinder Singh (kanan), Azhar Md Taib (kiri) dan Yusni Ariffin (jurugambar) sudah tiba di Laos sejak Selasa lalu, 1 Disember, sebagai pasukan terawal media Malaysia untuk membuat liputan temasya Sukan SEA XXV di Vientiane, Laos, kali ini.

Seperti kebiasaannya, selaku tuan rumah buat kali pertama, Laos masih ada banyak untuk dipelajari. Tetapi warganya mempunyai sifat suka tersenyum, ramah dan setakat inilah, sedia membantu.

Kami akan berada di Vientiane sehingga 20 Disember ini. Temasya serantau itu akan dibuka secara rasminya pada Rabu ini dan penutupnya pada 18 Disember 2009. Harapan kami ialah supaya kontinjen negara dalam memenuhi matlamat membawa pulang di antara 30 hingga 35 pingat emas dan mengekalkan kedudukan kedua keseluruhan daripada segi kutipan pingat.

I told you so!

All troubled teams, magically, had settled all their dues in record time to be allowed to play in next season's M-League.

That's the conclusion that I could made when FA of Malaysia Competitions Committee confirmed no teams will be barred from competing. But do I believe it? That's a different story.

Read the announcement, here.