Tuesday, April 27, 2010

Antara Azizul dan Chong Wei


Updates:

Azizulhasni Awang telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2009 pada majlis penuh gilang gemilang, malam tadi.

Azizul, dalam ucapan sebaik diumumkan selaku pemenang, berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menjelmakan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik di London pada 2012 nanti.


Original posting:

Antara dua jaguh sukan negara ini - Azizulhasni Awang dan Lee Chong Wei - tidak banyak jadi pemisah.

Daripada segi komitmen terhadap tanggungjawab selaku atlit utama negara, kedua-dua memang dipuji dan jadi ikutan.
Kesungguhan Azizul memang tidak pernah dipertikai. Chong Wei pula diakui sebagai atlit yang sentiasa mahu memperbaiki persembahannya.
Cuma malam ini, akan ada penentuan terpaksa dilakukan. Kedua-duanya adalah calon utama untuk memenangi Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2009.
Apa yang pasti, walau siapapun yang menang, kedua-duanya memang berhak diberi pengiktirafan!