Sunday, August 9, 2009

Kejohanan Dunia 'diancam' pengganas

Barisan pemain negara bersama Menteri Belia dan Sukan sebelum berlepas ke Hyderabad, Jumaat lalu.

Barisan pemain badminton negara sudahpun berlepas ke Hyderabad, Jumaat lalu.
Namun hari ini, sehari sebelum kejohanan bermula, muncul berita bahawa skuad England sudahpun menarik diri daripada saingan di Hyderabad, India, ekoran ancaman daripada kumpulan pengganas, Lashkar-e-Taiba.
Diharapkan pemain-pemain berada dalam keadaan selamat. Diharapkan juga mereka akan dapat memfokuskan tumpuan dan tidak terganggu dengan ancaman sebegini untuk melakar sejarah dan membawa pulang gelaran dunia sulung buat negara.
Mari kita sama-sama doakan keselamatan dan kejayaan mereka di Hyderabad.

1 comment:

Hisyam said...

Alamak...jangan le babitkan event sukan...semoga semua selamat...