Sunday, August 23, 2009

'Perubahan tanpa sedar' FAM

Tiada sesiapapun dalam dunia yang mampu menganggap dirinya sempurna. Baik dalam apa bidang sekalipun, pasti ada yang lebih baik daripada kita.
Lantas, dalam memperkatakan mengenai bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya juga mengambil iktibar sebegitu. Jangan hanya menganggap diri terlalu handal, terlalu sempurna, kerana banyak lagi yang mungkin kita tidak tahu, sebenarnya.

Paling terbaru ialah keputusan 'ubah tapi tak jadi ubah' Format Liga Malaysia untuk tempoh lima tahun berikutnya. Dengan akhirnya memilih untuk tidak berubah, FAM - dalam lebih tepat lagi, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan serta Sekretariat FAM yang menerajui keputusan itu - sebenarnya berubah secara tidak sedar.

Paling utama, ia perubahan ketara apabila 'mengingkari' arahan Tuanku Presiden yang mahukan supaya Liga Malaysia musim baru menyaksikan rombakan besar-besaran. Jarang sebelum ini, ada yang begitu 'terang-terang berani menyanggah' saranan pemimpin nombor satu itu!
Satu lagi yang kebelakangan ini kerap ditimbulkan ialah masalah membabitkan Jabatan Pengadil FAM. Saya sebenarnya enggan mengulas lanjut, tambahan pula pernah dituduh punya 'agenda peribadi' ketika tiada pula bukti dikemukakan untuk menyokong tuduhan sebegitu.


Tetapi daripada perkhabaran yang diterima, ada unsur 'kronisme' yang ketara kerana dikatakan pengadil tidak lulus ujian kecergasan, kerap kali diberi tugasan ketika ada lain yang lulus, tidak pula diberi perhatian.

Saya akui bahawa tiada bukti nyata. Kerana itu, saya anggap perkhabaran itu sebagai desas desus. Tetapi pada masa sama, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Terpulanglah kepada peneraju FAM, sama ada pucuk kepimpinannya ataupun peneraju sekretariat, untuk menelitinya.

Paling penting diingat, sekali lagi, ialah kita bukannya sempurna. Mungkin ada yang terlepas pandang!

Ikuti pandangan rakan saya, Eric Samuel, di The Star, di sini.

18 comments:

Anonymous said...

bro,..rasa in ur third last para u wanted to put FAM kan?..tp terletak SAM...:)

Informer said...

TEPAT sekali kenyataan anda bahawa, FAM memang 'telah banyak berubah sekarang'.

Di samping Unit Pertandingan seperti yang anda nyatakan, perubahan ketara yang begitu jelas ialah di Unit Pengadil. Yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan. Atau dengan lebih tepat lagi, yang gagal fitness diluluskan dan yang lulus digagalkan.....

Apa yang lebih menarik di sini, kumpulan pengadil itu sendiri rupa-rupanya turut berubah. Jika dulu, mereka berani bersuara, tetapi sekarang berubah kepada mendiamkan diri wa imma kepincangan demi kepincangan yang dilakukan oleh FAM. Ini berkemungkinan kerana mereka sudah meluat dengan apa yang berlaku.....

Lulus Fitness said...

APA saja yang dilakukan oleh Jabatan Pengadil, akan disokong oleh pihak sekretariat walaupun ianya menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh majlis. Jika Jabatan Pengadil kata, 1+1 = 5, maka ianya akan disokong dan dikata betul oleh pihak atasan.

Oleh yang demikian, kepada semua rakyat Malaysia, jangan membazir waktu kita, untuk menegur salahlaku tersebut kerana ianya tidak lebih umpama mencurah air ke daun keladi....

Ahmad Khawari Isa said...

Anon 7:04,
terima kasih. sudah diperbetulkan.

Anonymous said...

Bro,

Kalau x silap Tuanku Presiden untuk kaji pertandingan termasuk format. Kalau x betul boleh ubah. Kalau ok x payah ubah. Yg sering buat peminat2 confuse ini 'reporter', ditulisnye titah.

Bro, since u dah jadi Tuan Presiden SAM, nasihatkan anak2 buah supaya buat homework sikit sebelum tulis. Kaji betul2 sebelum buat kesimpulan. Ni asyik semua org buat x betul.

Gua cadangkan agar 'reporter' yg bijak pandai masuk bertanding dalam persatuan2 sukan, jangan dok menyalak x habis2.

wasit seberang said...

Jika dikritik kiri dan kanan, dihentam depan dan belakang, sesungguhnya unit pengadil FAM sedikitpun tidak akan goyah.

Menjeritlah sekuat hati anda, kutuklah sekeras mana sekalipun, selagi FAM ditadbir oleh mereka yang sentiasa menganggap diri itu betul, maka begitulah FAM seterusnya.

Seandai diketahui oleh FIFA akan ketidaktentuan ini, berkemungkinan Subkhiddin akan menggigit jari untuk ke Piala Dunia kerana FIFA tidak yakin dengan sistem pentadbiran yang diamalkan oleh FAM terhadap para pengadilnya.

Anonymous said...

Unit Pengadil FAM perlu ditadbir oleh mereka yang lebih berkemampuan dan sanggup menerima pandangan orang lain.

Anonymous said...

Tak semestinya apa yang diperkatakan oleh orang no 1 spt PM, MD, CEO, Presiden dll perlu dituruti. Format liga dah ok cuma yang jadi kelam kabut adalah jadual. Lihat EPL tak pernah ubah pun bro..gitu juga dgn Bundesliga, Serie A, La Liga Ligue 1 dll. Kenapa M'sia yang tak pernah sampai World Cup perlu nak ubah sentiasa. Pada saya secara tradisinya Piala Malaysia harus kembali kepada format asal, 16 yang terbaik drp 2 Liga utama berentap dgn imbuhan $$$ kepada yang layak baru lah ada umpph pada kualiti pertandingan. Inio team hampeh mcm ada kat Liga Super & Premier esp. yang tercorot kena main lagi dlm Piala M'sia yg pastinya mereka hanya sekadar dipaksa bermain bukannya mahu bermain sebulat hati. Salam Ramadhan Al Mubarak

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

secretary yang ada tak faham apa yg presiden nak, itu la sebabnya fam jadi macam tu...

sepatutnya dia tinggalkan je tempat tu pd 17 september

Raden Sakti said...

YANG jelas, seorang demi seorang pergi meninggalkan FAM sejak Azzudin menerajui badan induk itu. Mengapa ya?

Ada di antara yang pergi itu begitu berpengalaman dalam bidang masing-masing dan ianya satu kerugian yang besar buat FAM.

Hj. Saifuddin, ER Subra, Rodzali, Zaid, Bob, Firdaus, antara nama-nama yang meninggalkan FAM. Manakala Hj. Kamaruddin Sakari dan Zulhaidi (kedua-duanya bekas askar), merupakan antara muka baru yang masuk mencuba nasib di FAM.

FAM sesungguhnya gagal untuk menilai yang mana satu permata dan yang mana satu batu .....

Anonymous said...

Untuk menjaga nama baik, Dato' Azzuddin seharusnya berundur secara terhormat dan tidak perlu pergi mengadap tuanku bagi penyambungan kontrak yang akan tamat pada September ini.

Anonymous said...

ha ha tertarik rasanya ramai yang dah berhenti tapi azuddin masih di sana

ingat-ingatlah sikit tuanku sultan pun dah menyampah kat dia

ref kuat lari said...

Angin yang menggoyangkan pokok-pokok di depan kedai mamak depan Wisma FAM tu membawa khabar bahawa, calon-calon baru pengadil FIFA bagi 2010 terdiri daripada askar-askar yang baru tahun ini (2009) dicuba mengadili liga utama (super dan premier). Setakat 1 musim, apa sangat pengalaman yang ada dan berapa perlawanan sangat yang mamat tu buat?

Yang lebih teruk, ada di antara calon itu telah gagal dalam ujian kecergasan baru-baru ini. Cerita pengadil kantoi fitness ni rupa-rupanya bukan habis setakat kes pengadil dari perak itu saja rupanya....

Diberitakan juga bahawa JK Pengadil yang sepatutnya perlu mengesahkan nama-nama senarai calon FIFA terlebih dahulu telah menganggukkan kepala saja kerana dah malas 'melayan karenah' ketua unit pengadil. Ada yang mendakwa, jika nama Rizal Hashim, ahmad Khawari atau Christopher Raj sekalipun yang dicalonkan sebagai pengadil FIFA, maka ianya akan disokong oleh AJK Pengadil.

surat 1 said...

SURAT TERBUKA KEPADA FAM.


KEBELAKANGAN ini banyak teguran dan kritikan dilemparkan terhadap apa yang diperkatakan sebagai kepincangan pentadbiran dan urustadbir yang tidak cekap di Jabatan pengadil FAM.

Paling terbaru, FAM melalui surat pekelilingnya kepada semua FA Negeri bertarikh 25 Ogos 2009 memaklumkan bahawa, Seminar Penilai Pengadil (RA) untuk Piala Malaysia akan diadakan pada 28-30 Ogos 2009 ini di Wisma FAM.

Dari maklum balas yang diterima, kebanyakan penilai pengadil kurang bersetuju dengan tarikh seminar tersebut kerana diadakan pada bulan puasa. Belum pernah kedengaran, mana-mana organisasi mahupun persatuan sukan menganjurkan kursus atau seminar pada bulan puasa.

Jika tidak mempunyai tarikh lain, ia tidak boleh dijadikan alasan. FAM mempunyai 21 hari dalam bulan Ogos ini sebelum tibanya ramadhan. Mengapa tiada perancangan dibuat?

Jika pengadil Piala Malaysia boleh berseminar pada 1 dan 2 Ogos 2009, mengapa RA tidak dilibatkan sama?

Pentabiran Jabatan Pengadil FAM tidak sensitif terhadap RA yang beragama islam. Sepatutnya mereka boleh berfikir dan menggunakan akal fikiran yang logik sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kepincangan pentadbiran Jabatan Pengadil FAM ini sebenarnya bermula apabila FAM melantik Ketua Jabatan yang baru pada Oktober tahun lepas.

Ianya bermula dengan kes pengadil yang tiada lesen telah dilantik mengadili perlawanan Piala Bardhan akhir tahun lepas.

Ini diikuti dengan pelantikan Match Commisionner warga Singapura dalam Liga M tanpa kebenaran Majlis dan EXCO FAM terlebih dahulu.

Insiden ini membuatkan Kol Kamaruddin pantas membuat kenyataan akhbar (berita Harian 17 feb. 2009) untuk mempertahankan tindakannya sambil memperlekeh-lekehkan Jawatankuasa Pengadil sendiri. Anehnya, tindakan Kamaruddin ini tidak diambil apa-apa tindakan oleh FAM

.....bersambung

Surat 2 said...

SURAT TERBUKA 2 KEPADA FAM

Sebenarnya, sebelum kes itu lagi telah berjaya dihidu dan dikesan akan beberapa kelemahan yang amat ketara yang telah dilakukan oleh Jabatan Pengadil FAM.

Antaranya (sekadar mengambil beberapa contoh):-
- 18.1.09 Piala Presiden Proton lwn K. Lumpur; MC tidak hadir kerana tidak mendapat jadual pelantikan. Begitu juga perlawanan antara P.Pinang lwn Perlis terpaksa diadili oleh Shokri Nor, juga dari Pulau pinang kerana pengadil dari Perak tidak hadir.

-12.2.09 Piala Presiden Johor lwn Perlis, telah diadili oleh Zulkifli Md. Zain juga dari Johor kerana pengadil dari Melaka tidak hadir.

-19.2.09 Piala Presiden kelantan lwn PKNS terpaksa dimulakan agak lewat (5.40 ptg) kerana jadual yang diedarkan kepada pengadil berkenaan menyatakan perlawanan tersebut dimainkan pada keesokan harinya (20.2.09)

Pada tarikh yang sama juga, salah seorang pegawai perlawanan terpaksa dipanggil pada saat-saat akhir pada perlawanan SSBJ lwn ATM di Bukit Jalil.

Tidak sabar dengan kemelut yang melanda itu, kira-kira 70 orang pengadil kebangsaan menandatangani petisyen melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang berlaku (lihat NST 26 Februari 2009).

Ini diikuti dengan penemuan kira-kira 74% atau 73 daripada 98 responden dlm sebuah blog, mahukan supaya Ketua Jabatan pengadil dipecat.

Tidak cukup dengan isu-isu di atas, seorang pengadil yang gagal dalam ujian kecergasan telah dilantik untuk mengadili perlawanan Liga Super Kelantan - P. Pinang pada 21 Mac 2009 dan KM Naza-Perlis 31 Mac 2009.

Jadual Piala Presiden bulan April 2009 pula memperlihatkan kelemahan yang ketara apabila ada pengadil yang dilantik untuk mengadili perlawanan yang melibatkan negerinya sendiri. Contohnya:-

12.4.09 Melaka -Proton Selangor, Pengadil Mohd Azha Khalid dari Selangor.
16.4.09 Perlis - Pulau Pinang, Khalid Md. Noh dari Pulau Pinang
30.4.09 Shahzan Muda - Proton FC, Jalil Khalid dari Selangor

Pada perlawanan Piala FAM, Uitm lwn Penjara Melaka pada 26 Julai 2009 di Uitm Shah Alam, pegawai keempat terpaksa 'dikutip' dari kalangan orang awam yang hadir kerana ketiadaan pegawai sebenar.

Isu tuntutan ‘mileage’ bagi peserta seminar Instruktor di Ipoh dan seminar pengadil di lumut pada 1 dan 2 Ogos 2009 juga dikhabarkan agak panas kerana tidak mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan terlebih dahulu.

Isu kes pengadil yang gagal ujian kecergasan sekali lagi timbul pada perlawanan persabahatan Malaysia menetang Kenya dan China pada 12 dan 15 Ogos 2009.

Apa yang menariknya, segala salahlaku ini tidak diambil tindakan oleh sekretariat FAM. Apakah individu berkenaan terlalu KEBAL atau FAM sendiri yang BEBAL?

Anonymous said...

Perkabaran diterima bahawa, Kamaruddin boleh melakukan apa saja kerana ianya akan disokong oleh Azzuddin.

Anonymous said...

Zaman Datuk George atau Rodzali tak pernah kecoh macam ni. Dulu kes pengadil tak datang tak pernah berlaku tetapi zaman sekarang, ianya sudah menjadi perkara biasa.

Inilah akibatnya jika orang ego diberi peluang bekerja...

Anonymous said...

Encik Khawari,
Semakin ditulis dan semakin ditegur, semakin teruk Jabatan Pengadil FAM buat kerja.

Selaku Presiden SAM, anda mungkin berhak mempersoalkan tindakan terbaru FAM melantik Badrul Hisham selaku penolong Pengadil Piala MCFA 2009 yang bermula 28 Ogos ini.

Badrul ni telah gagal pada ujian kecergasan yang diadakan di Lumut Perak 1 Ogos 20009 lepas.

Secara logik dan senang untuk diterima akal fikiran ialah, ujian kecergasan itu ialah cara untuk mengukur tahap kecergasan semasa seseorang pengadil. Jika gagal, bermakna tidak fit - Jika tidak fit, boleh kah mengadili perlawanan? Kalau tanya budak sekolah yang hanya dapat 5C sekalipun, mereka tahu jawapannya.