Ditunjangi dorongan rakan-rakan, aku memberanikan diri untuk cuba mengubah situasi yang ketika ini lebih tepat digambarkan seperti 'nyawa-nyawa ikan' dan 'hidup segan, mati tak mahu.'
Namun angin perubahan cuba dibawa - tercipta menerusi keghairahan majoriti yang mahukan supaya organisasi pernah gemilang dahulu, kembali ke landasan keunggulan - kini terhalang.
Atas alasan elemen teknikal - bertunjangkan perlembagaan yang anehnya tidak pula dipatuhi 'golongan pemerintah' ketika mereka terpilih, tiga tahun lalu - kesanggupan rakan-rakanku, diperlekehkan menerusi keputusan bahawa mereka tidak berhak untuk bertanding.
Bukan mahu organisasi diperkudakan selaku milik peribadi, jauh sekali aku mahu memperjuangkan agenda pentingkan diri. Keikhlasan membantu, bersama-sama barisan rakan yang sedia memikul tanggungjawab untuk 'sama-sama bekerja', jadi sandaran kami ketika memilih untuk menawarkan diri.
Pintu untuk tiupan angin perubahan itu kini sudah tertutup rapat. Dimanggakan dan dikunci mati. Kerana hajat 'golongan pemerintah' tampak masih utuh, ketika tugas untuk membangkitkan kembali organisasi yang kian longlai, belum tentu mahu mereka langsai.
Aku di persimpangan. Mahu terus melangkah buat mencabar, tetapi bersendirian pula menongkah arus. Mungkin berundur pilihan terpuji, tetapi bimbangkan pula masa depan organisasi yang kian hari, kian menginjak ke ambang mati.
Sanggupkah Aku Mengalah? Sampai Akhirnya Mereka....Selesaikan Agenda Masing-masing?
The King, his family and U
2 weeks ago
12 comments:
berundur bukan beerti kalah....
sdra,
u tawarkan diri untuk kebaikan SAM. jadi u tak perlu undur. biarkan ahli-ahli SAM buat pilihan. kalah menang adat persatuan. u dan bakar atan masih boleh berkawan. apa nak bermasam-masam muka.
Rija
Bangsar
Bro,
sebab itulah perlu berhati2 dan bijak mengatur strategi. tidak boleh emosional, tetapi rasional. perkara asas dan utama dlm organisasi ialah peraturan dan perlembagaannya.
apa yg kita nampak ialah "group" yg dibentuk oleh u tidak ada pengetahuan mengenainya, malah ada di kalangannya yg masih terlalu mentah dan tidak tahu mengenai asas utama (perlembagaan)berpersatuan. yg ada cuma keghairahan.
Apa pun kita perlu bijak menyusun langkah!
Selamat Maju Jaya!
Lawan tetap lawan...
apa yang bakar atan buat selama ini?NOTHING!.
Pejabat SAM pun dah tutup, tak ada pegawai atau kerani.
Tidak ada apa acara untuk ahli. Mana dia hari keluarga SAM, acara sempena perayaan hari raya aidil fitri, deepavali, dan chinese new year?.
Elok la Bakar Atan berundur aja, jaga bini kali ketiga kahwin tu..
Jangan buatkan SAM macam rumahtangga dia..Ini SAM la woi..
sdr khawari,
perjuangan saudara tidak terhalang, masih ada yang menyokong, saya salah seorang antaranya. Namun, saya harap sdr nasihatkan rakan2 kita yg lain supaya berhati2 dlm berkempen... hindarkanlah perkataan2 kesat. Ianya boleh menjejaskan peluang sdr.
Saya ada dgr beberapa org(terutama org2 lama)sudah beralih arah kerana terdengar dan terbaca perkataan2 yg tidak menyenangkan.
ikhlas.
sdr/sdri anon 3:42
Golongan yang memulakan kata2 nista dan kesat harus tahu bahawa dia memulakan sesuatu yang buruk, dan balasan kepadanya akan berterusan selagi istilah-istilah tersebut digunakan sampai hari kiamat (Hadis: man sanna sunnatan hasanatan palahu ajrahu ......).
ANON 3.42PM, rilex la tax prlu emosional...dah bermacam presiden kluar & masuk, SAM masih begitu. U kalau layak jd ahlil, daftar la, kalau dak sonyap je le. Kalau Bakar betul2 nak pertahankan jawatan dia kena ada iltizam, kalau dak, minta dia undur cara terhormat, Kawari naik dan ubah berserta dgn azam menghidupkan semula SAM selain sokongan pada ahlil dan bekas ahlil. Jd Presiden SAM bukan boleh kaya. Glamor saya tak pasti, krn masa Anugerah Sukan Negara memang terpinggir, kecuali anugerah SAM sendiri..tu ada pluang 'rub shoulder' dengan Pak Menteri atau PM atau TPM beb! So elok kita perati dr jauh..
XABI ALONSO
LARKIN
Salam semua,
Saya hargai semua komen dan feedback. Pada masa sama, saya juga amat hargai supaya kita tidak mencerca ataupun mengeluarkan sebarang kata nista yang boleh menjejaskan hubungan kita sesama manusia.
Bagi saya, semua orang berhak bersuara, tapi perlu ada juga batasan moral yang perlu kita hormati sebagai orang timur.
Saya juga tidak anggap kesediaan saya bertanding bertujuan untuk memecahkan belahkan SAM. Saya juga tidak pernah benarkan sesiapapun untuk mewakili saya dan mengeluarkan sebarang kata-kata yang mampu menyinggung mana-mana pihak.
Kerana itu, saya mohon maaf jika ada yang tersinggung. Kita tidak perlu sampai ke tahap sebegitu. SAM adalah platform untuk berkhidmat, bukan untuk kita hilang rakan dan taulan.
Terima kasih sekali lagi
khawari,
go brother, go for it.
nothing wrong trying for the presidency.
take it as a challenge for the betterment of SAM.
of course u must have tactics n strategies to win with honour.
but pls don't u ever play dirty.
Let the winner be u, khawari. it is time for bakar atan to leave!
ROGER SAMM
Damansara
Sdr Khawari,
Camne ni... havoc sgt psl pemilihan SAM ni... tak sedap le... saya org lama SAM & masih ahli SAM... sy jg ada tengok SMS (ditunjukkan oleh seorang teman) psl salah seorang yg nk pegang jwtn dlm SAM...(kawan kita jgk) ada tuduhan... ntah betul ntah tidak... kalau tak betul dah jadi fitnah! atau itu agaknye salah satu cara kempen ke? saya dpt tahu ada jg yg telefon marah2 dan ugut nak buat "havoc" pada AGM nanti.
Seeloknya biar AGM tu berjalan... itu yg kita nak kan? soal pertadingan tu... bertandinglah! tak salah... tapi bila dah timbul kecoh2 gini takut2 yg di kejar tak dapat... yg dikendong berciciran. SAM kena bann oleh ROS...
sekadar pandangan dari org lama SAM yg masih memerhati SAM dari jauh tp dekat di hati.
Wassallam.
Saya kembali ke halaman ini untuk mengucapkan Selamat Bertanding kepada semua. Insya allah saya akan kembali menyertau SAM sekiranya pertubuhan ini kembali ke landasan sebenar.
XABI ALONSO
LARKIN
woit..update blog la.....
Post a Comment