Thursday, August 27, 2009

Al-Fatihah buat Allahyarham Kapt (B) Abdul Halim Hamid

Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid (kiri) mengadili perlawanan kumpulan A Piala Dunia di antara Maghribi dan Norway di Stade de la Mosson, Montpellier, Perancis pada 10 Jun 1998.

Allahyarham Kapten (B) Abdul Halim Abdul Hamid, antara pegawai perlawanan bola sepak negara yang pernah melakar sejarah tertinggi apabila menjadi sebahagian kemeriahan pusingan akhir Piala Dunia 1998 di Perancis, menghembuskan nafasnya yang terakhir, malam tadi.
Blogger Rizal Hashim, berkongsi penghormatan kepada Allahyarham, di sini.
Allahyarham yang ku kenali sepanjang tempoh perkhidmatanku di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), adalah seorang yang cintakan bidang kepengadilan.
Pencapaian tertingginya, sehingga masih dikekalkan dalam kelompok terakhir pegawai-pegawai perlawanan hingga ke final Piala Dunia 1998, tidak pernah dijadikan Allahyarham selaku bahan untuk berbangga.
Allahyarham pernah berkongsi kepadaku, betapa pencapaian itu harus dilihat sebagai langkahan awal untuk nanti ada pula pegawai perlawanan negara yang akan mengadili di tengah padang, lantas mengatasi pencapaiannya di garisan tepi.
Buat keluarga Allahyarham, ku doakan semoga tabah merelakan pemergian Allahyarham pada bulan Ramadan Al Mubarak ini.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan sentiasa mendapat perlindungan serta petunjuk daripada-NYA. Al-Fatihah.

4 comments:

uknowmela! said...

satu lagi kehilangan besar kepada negara....jabatn pengadil fam khususnya.

Anonymous said...

Sesungguhnya, aku banyak mempunyai kenangan manis bersama arwah:-
- Sama-sama lulus exam National 1989
- Sama-sama dilantik oleh FAM buat pertama kalinya di peringkat Kebangsaan pada Kejohonan Bawah 16 di Kota Bharu 1991
-Selepas pencen, pernah menilai arwah dalam Liga M dan satu sifat yang terpuji, sentisa bersedia menerima teguran

Semoga roh arwah sentiasa terpelihara dan ditempatkan di sisi org yang beriman.

Al fatihah

Anonymous said...

Al Fathiah utk beliau dan takziah untuk keluarganya...

HAJEEZAR

PEGAWAI WARAN (B) said...

BRO, TOLONG TANYA FAM, KENAPA LAMAM WEB TIDAK ADA BERITA MENGENAI ARWAH KAPTEN HALIM?????

PEGAWAI WARAN (B)