Wednesday, June 29, 2011

Ayuh Malaysia!

Selepas kejayaan yang mencipta ghairah seluruh negara hasil kejayaan menjulang Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Disember lalu, Datuk K Rajagobal (gambar) dan anak buahnya yang membentuk skuad bola sepak 'Harimau Malaya' akan kembali ke medan kompetitif, malam nanti.

Pentasnya - pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014. Lawannya - Taiwan. Aksi kedua di gelanggang lawan akan berlangsung, Ahad nanti.

Apa yang penting, dan sudah pasti diharapkan juga oleh jutaan peminat-peminat bola sepak negara, ialah kesinambungan prestasi memuaskan daripada kesebelasan pilihan yang bakal memikul cabaran.

Rajagobal kali ini, seperti sebelumnya juga, tidak bebas daripada dibelenggu masalah kecederaan. Bimbang dicipta tonggak seperti Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi dan Hadi Yahya adalah sebahagian daripada cabarannya.

Tetapi jangan lupa, ketika Malaysia mencipta laluan memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan kemudiannya mencipta lakaran baru layak ke pusingan ketiga Sukan Asia, sebelum disusuli kejayaan menjulang Piala AFF, Rajagobal juga dipaksa berdepan situasi sama.

Lantas, malam ini, harapan pastinya Rajagobal dan anak buahnya mampu mencipta bekalan selesa untuk dibawa bertandang ke Taiwan.

Kerana di atas kertas, ini peluang terbaik untuk Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan akhir setanding gergasi-gergasi bola sepak Asia lainnya. Ini langkah ke hadapan yang amat perlu.

Rajagobal mengetahuinya. Lantas, harapan jutaan peminat negara, pasti akan cuba ditunaikan barisan pemain-pemain pilihannya.

Ayuh Malaysia!

1 comment:

Doctor Romario said...

Yes looking forward to next phase...Malaysia v Korea Rep/Iran/Jordan....etc etc etc

So to get there we need a clean sheet ...which is Singapore Zero and then add our one two three touch attacking strikeforce...total ? = my personal target of Malaysia 5 Singapore Zero...Scorers, assists and formations...top secret :)

ONWARD TO VICTORY MALAYSIA SUPER TIGERS !!!!!!

Doctor Romario
For the Game. For the World.