Tuesday, February 15, 2011

Misbun 'dikuasai'?

Ini perkhabaran menarik terbaru mengenai isu 'tarik tali' antara Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Aku dengar, Misbun kini tidak tenang. Fikirannya kusut. Dia sayangkan anak didiknya, Lee Chong Wei. Dia mahu tolong Chong Wei untuk terus berbakti kepada negara. Sampailah mengejar misi pingat emas pertama Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

Tetapi ada yang katanya sudah 'control' Misbun. Yang bercakap bagi pihak Misbun. Ada ramai kawan-kawan yang kata, motifnya pasal duit. Ada pihak yang mahu Misbun keluar, supaya peruntukan kerajaan kepada BAM dalam Program Road to London 2012 pun keluar sama, mengalir ke kantung mereka.

Iyelah, Chong Wei kan ke harapan utama? Jika Misbun keluar BAM, dan Chong Wei pun keluar BAM, diorang fikir duit tu pun akan ikut keluar.

Aku dengar ada jugak personaliti yang pernah aku 'usik dan tegur' dalam posting sebelum ini, mainkan peranan jugak pada awalnya. Aku rasa macam dia nak 'tumpang sekaki' jugak kot. Tapi tak pulak aku tahu apa perkembangan atau sejauh mana 'pembabitan' personaliti ini.

Aku dah lama tak mengintai kat dalam BAM dan orang-orang luar yang suka mengusik BAM ni. Mungkin sudah tiba masa untuk aku 'aktif' balik kot. Tunggu la, mungkin ada perkembangan terbaru akan timbul lagi tak lama lepas ni.

2 comments:

Anonymous said...

Bro,

sudah terang lagi bersuluh, rasanya tiga serangkai sama yang cuba mengaut keuntungan termasuk seorang yang cukup rapat dengan Misbun. Dia ni dah tak pedulikan badminton, cuma fikir nak buat duit dengan dua orang yang kita tau lidah berbelit.
Apa dah jadi dengan reporter2 sukan yang ada sekarang. Kalau dilihat ramai yang cukup aktif dalam FB. sesetengah cukup aktof dalam posting dan separuh lagi jadi tukang angguk macam burung belatuk kononnya lebih tau daripada yang lain.
Anehnya tak pulak nampak laporan mereka. Takkan semua nak tumpang glamour. sebab itulah sekarang tukang belit bermaharajalela dalam sukan sebab wartawan sukan buta mata dan buta hati, cuma nak kejar glamour. Kalau nak glamour jadi sajalah wartawan hiburan.

Anonymous said...

Bravo Anon 12.47,

reporter sukan sekarang toothles, seronok bergeser bahu dengan VVIP saja sedangkan 'kekotoran' pada ahli sukan dan persatuan mereka tidak pernah mahu selidik sebab tak mahu berada dalam bad book orang tertentu.

Semuanya nak jadi orang popular di mata sumber mereka. Sebab itulah kalau dilihat laporan sekarang, ia cukup menyedihkan. Sebab itulah ada presiden persatuan tertentu yang kononnya mahu meletak jawatan bila gagal penuhi cabaran, tiada wartawan yang mahu mengasak. Maybe dah sedap makan free hingga dah boleh dicucuk hidung.

Begitu juga dengan kelemahan pada MSN. Adakah wartawan yang mahu menjentik agensi kerajaan itu.