Aku nak cerita pasal bola. Pasal apa yang dapat kita tengok. Dan sudah tentu orang-orang di belakang yang jadi pemegang watak untuk membolehkan jadi realiti 'apa yang dapat kita tengok.'
Tapi aku juga realistik. Aku tak mahu terjunam dalam sup panas (hot soup). Jadi, yang ada ialah 'alkisah', dengan pemahaman terpulang kepada setiap individu.
---------------------------
Lokasi cerita, apa kata si tukang cerita letakkan di lokasi sekolah. Di kantin sekolah lah, untuk lebih tepat.
Di kantin itu, ada tukang masak yang jadi tumpuan. Dia dulu pernah sajikan hidangan hebat, yang jadi tumpuan ramai orang. Malah pernah ada 'budak' kaya yang suka hisap rokok, yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan hidangan terbaik jadi miliknya. Resepi budak kuat hisap rokok ini mudah sahaja. Dia 'control' masakan, pada masa sama, dia juga jual rokok. Jadi, makanan itu jadi sinonim dengan rokok yang dijualnya.
Tapi tak lama lepas itu, guru besar sedar apa dilakukan budak suka hisap rokok itu. Jadi, dia kena 'ban.' Dah kelam kabut tukang masak ini nak cari pembeli yang konsisten. Jadi, datang la pulak 'budak gila handphone'. Tapi dia tak sanggup belanja besar. Cuma bezanya, kerana takde orang lain yang berani nak beli lebih mahal, terpaksalah tukang masak ini terima sahaja tawaran budak gila handphone ini.
Tak lama lepas itu, ada seorang budak yang wawasan bisnesnya lebih mantap. Dia nampak ada potensi. Dia mahu kembangkan lagi potensi ini, tapi dengan syarat dia mahu jadi 'rakan kongsi' dengan tukang masak itu. Apa yang dia nak buat ialah sama-sama fikirkan jenis masakan terbaik, sama-sama pasarkan masakan itu, sama-sama cari pelanggan, sama-sama pastikan masakan akan sentiasa jadi tumpuan.
Jadi, budak ini pun putuskan untuk beli semua hak masakan. Tujuannya mudah. Apabila dia beli, tukang masak tak payah nak risau lagi. Tukang masak boleh 'concentrate' untuk menaikkan lagi mutu masakan. Budak ini pulak boleh pasarkan dengan lebih berkesan, supaya wujud situasi 'menang-menang.'
Tapi nak jadi cerita, ada pulak si buli sorang ni. Dulu, masa budak gila handphone 'control' masakan, si buli ini tak berani nak bersuara. Mungkin sebab bapak budak gila handphone ini kenal ramai orang, termasuklah mungkin bapak si buli ini.
Jadi, si buli masa itu tak buat bising. Hanya beli sahaja masakan. Tapi kali ini, bila budak yang wawasan bisnesnya mantap beli dan bekerjasama dengan tukang masak, si buli ini tiba-tiba nak tunjuk belang.
Budak yang wawasan bisnesnya mantap ini, sejak awal-awal lagi, dah bagitahu yang dia sanggup jual kepada semua orang, termasuk si buli ini, dengan harga yang sama. Malah, kemungkinan besar dengan mutu lebih tinggi, rasa masakan lebih enak.
Tapi si buli ini, tiba-tiba nak main kotor. Dah beberapa kali mereka duduk semeja untuk berbincang, setiap kali itulah juga si buli ini dok tukar fikiran. Mulanya abang senior si buli, namanya Kamal Sang Uban, dah setuju harga dengan abang kepada budak yang wawasan bisnesnya mantap itu.
Si buli ini pulak cepat ubah cerita. Dia setuju nak beli, tapi dengan harga lebih rendah. Lebih hebat, sebab si buli rasa tertekan, sebab kawan-kawan dah mula buat bising yang diorang nak tumpang makan dengan dia, si buli ini putuskan untuk berkeras.
"Aku nak jugak masakan yang pertama ini. Aku tak peduli, walaupun kita belum setuju harga. Malah, sebab aku lebih besar, lebih ramai, dan bapak aku tuan punya bas sekolah bernombor MCMC yang engko naik tiap hari, aku nak makan beberapa lagi masakan lepas ini, sampailah aku decide bila aku nak beli," kata si buli.
Dan kawan-kawan yang selama ini untung kerana dapat makan free setiap kali si buli beli - dan tetap dapat makan free bila si buli kali ini makan tanpa nak bayar - semuanya bersorak girang. Siap berani kutuk-kutuk lagi budak yang wawasan bisnesnya mantap itu.
Jadi sekarang tukang cerita nak tanya. Fahaman si tukang cerita, bila kita makan tak bayar, bukan ke maksudnya kita makan 'barang haram'. Tindakan si buli yang tetap mahu makan free, sampai dia decide bila nak bayar, itu maknanya sama jugak, kan?
Bukan ke lebih bagus si buli ini cepat-cepat decide dan beli dengan harga yang sama? Jadi dia tak makan 'barang haram', dan kawan-kawan dia yang dok bersorak kerana dapat rasa 'barang haram' juga tak la sokong membuta tuli ajer.
-----------------
Kembali kepada realiti. Ini cara industri sukan yang dimahukan? Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mungkin boleh komen. Takkanlah selepas kita berbelanja besar, termasuk kini dalam perancangan akhir sebelum bermulanya Tahun Industri Sukan, kita mahu biarkan pihak-pihak tertentu, yang layak digelar 'Little Napoleons' dan sekian lama cuba diperangi YAB Perdana Menteri, terus bermaharajalela?
The King and U
1 week ago
11 comments:
bro kena direct, berkias ni orang tak faham
memang tak faham, aku baca sekerat jer..pastu aku malas baca!
betul cakap rizal .kena direct..majority yg baca tak faham..yg faham orang yg terkena sahaja..tapi bila orang tak tau..ape dia nak kesah..buli lagi laa si tukang wawasan..
tapi untuk jaga keselamatan, sementara ni berkias tu pun ok..
aku stuju ,.. semua mahu hebat, semua mahu sedap, semua mahu kualiti.. bab bayar mahu murah. lagi parah bab bayaran nak free.. mentaliti BODOH.
Citer direct je senang.. ada beberapa perkara saya baca pun x faham sebab x tau apa yang jadi sebenarnya
baik pnya berkias ....hnya jauhari yang mngenal manikam....
salam bro,
saya setuju dengan cadangan rizal hashim coz saya pun tak faham...jangan segan-segan...
Hughhhh... tak paham la bro. cerita pengurus ladang ke?
Saudara Khawari.... sediakan fakta lengkap sebelum berkias... jangan hanya berdasarkan "hear say"... berdosa kita menuduh tanpa fakta dan lebeh berdosa kita memfitnah... fakta lengkap ada pada yg di anggap "si pembuli"... boleh rujuk!
"Barang anda punya... wang saya punya..."
kalau sipembuli tak mahu beli atau mahu beli murah apa masalah nya, jual saja kepada orang lain yang mau beli. lainlah kalau tiada yang mau beli hingga terhegeh hegeh cari pembeli.
ini business ala mafia.. nak rosakkan pasaran. kalau tak ada orang yang beli, menangis tak berlagulah.
Post a Comment