Wednesday, February 16, 2011

'Aku mahu percaya...'

Aku terdorong untuk 'mengusik' ekoran komen salah seorang yang 'tidak bernama' (anonymous) mengenai cabang kewartawanan sukan ketika ini.

Katanya 'wartawan sukan ketika ini lebih kejar glamour...kalau nak glamour, lebih baik jadi wartawan hiburan...'

Aku mahu percaya - bahawa asas kewartawanan - iaitu menulis yang benar - tidak sama sekali digadai ketika membuat laporan.

Aku mahu percaya - bahawa segala usaha untuk mempengaruhi penulisan dan laporan menerusi 'sogokan', tidak akan sama sekali dilayan.

Aku mahu percaya - bahawa rakan-rakan mampu meminggirkan individu-individu yang tidak segan silu bercakap dengan pihak lain bahawa 'aku bagi dia duit', supaya mereka-mereka ini tidak lagi mempersendakan cadang kewartawanan sukan.

Aku mahu percaya - bahawa rakan-rakan mampu kekal objektif, berpaut kukuh kepada fakta dalam menangani sesuatu isu, bukannya berpaut kepada 'keakraban' dengan segelintir pihak hingga mampu mengabui pertimbangan.

Aku mahu percaya - semua tanggapan negatif itu, hanya sekadar satu tanggapan, bukannya kenyataan.

Aku mahu percaya!

3 comments:

Anonymous said...

aku yakin dan pecaya,masih ada 'penulis upahan'

Anonymous said...

ermmm nampaknya memang ada tuan..kadang-kadang baca liputan dalam ruangan sukan nampak ada yang begitu serong ke arah tokoh2 tertentu macm berita perletakan jawatan presiden sepak takrw

Siti said...

Maaf saudara terpasak terima kenyataan ini. Jelas wartawan kini mengejar glamour contonya satu liputan pun tidak di buat mengenai Sukan Para Asian di Guangzhou tahun lepas. Ini adalah kerana ianya tidak glamour membuat liputan orang kelainan upaya.