Masih ada dalam pemikiran yang mengganggu, selepas melihatkan barisan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Paling utama, mengenai nasib Liga Malaysia yang membabitkan Liga Super, Liga Perdana dan Piala Presiden.
Aku nak tanya, siapa yang akan diberi tanggungjawab jadi 'nakhoda' untuk mengemudi perjalanan pertandingan? Siapa yang benar-benar layak? Yang mampu ketepikan kepentingan dan agenda persatuan negeri sendiri demi kepentingan bola sepak negara?
Semua orang tahu, untuk cari pemain terbaik, kita perlu ada liga dan pertandingan yang mantap. Pertandingan pula perlu ditadbir dengan baik - berdasarkan keputusan-keputusan terbaik yang diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan.
Persoalannya kini, siapa nak jadi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM? Tradisinya, jawatan ini diisi oleh salah seorang Naib Presiden. Tetapi minta maaflah, daripada empat yang terpilih, aku tak nampak ada yang cukup berwibawa.
Mari kita lihat satu persatu:
Datuk Subahan Kamal - ahli politik yang punya komitmen pelbagai. Tidak mungkin akan ada masa untuk duduk memikirkan butiran-butiran kecil dan halus untuk menjadikan liga lebih kompetitif. Jadi penolong pengurus pasukan negara bolehlah, sebab tuntutan masanya tidak akan sehebat untuk jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan.
Datuk Hamidin Amin - kingmaker yang tidak boleh 'kikis bau Selangor'. Hamidin memang sentiasa perjuangkan nasib dan kepentingan Selangor, itu tugas dia. Jadi, susah untuk nampak dia jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Sebab kalau keputusan yang dibuat baik pun, dia tak boleh lari daripada dituding jari sebagai nak jaga kepentingan Selangor.
Datuk Afandi Hamzah - berkesan sebagai pengerusi jawatankuasa peraturan. Buktinya? FAM dah berjaya ditukar ikut perlembagaan Fifa - kerja yang bukan senang sebab ia bermakna kuasa persatuan negeri dalam badan induk sudah kurang. Tapi untuk jadi pengerusi pertandingan, aku rasa dia belum cukup kuat.
Datuk Abdullah Hishan - lagi lah tak boleh. Bukan nak menafikannya, tetapi Hishan must understand that ' berkokok di luar lebih mudah' daripada jika dah duduk kat dalam FAM. I know!
So, sebagai gambaran kegagalan barisan kepimpinan baru FAM kali ini, aku ramalkan kemungkinan BUKAN Naib Presiden akan jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Itu akan jadi polemik wajar untuk kita fikirkan -apakah pemilihan FAM itu lebih bersikap 'undi calon popular, bukan undi calon terbaik' yang menepati kehendak FAM?
Fikir-fikirkanlah...
The King, his family and U
2 weeks ago
2 comments:
Saudara Presiden. Pemerhatian tuan terhadap 4 Naib Presiden ada kebenarannya. Antara Subhan & Hamidin tidak banyak perbezaan andai dilantik 'Kapla' utk J/Kuasa Pertandingan sebab masing2 mewakili S'gor. Saya rasakan Haji Mat Jusoh tamakkan kuasa kerana nak bertanding sebagai Timb. Presiden sedangkan jadi Naib Presiden pun dia goyah. Kalau dia maintain pertahankan jawatan Naib Presiden saya rasakan dia 70% akan kekal. Apakah Naib Presiden musti jadi Pengerusi J/K Pertandingan?? Kalau tak silap Pen. S/U FAM yang lebih POWER menentukan perjalanan liga yang dah caca marba ni..Harap2yang bakal dilantik yak mengharu-birukan Liga Tempatan Malaysia. Pengerusi J/K kiranya endorse ajekan..?? Skrg Hamidin dah dapat apa yang diidamkan so dia kena tunjukla ke'hero'annya dalam FAM. Mungkin dia sesuai dengan tugas Futsal & Bola Pantainya. Subhan maybe continue je la dgn Nat. Team. So antara Abdullah Hishan dgn Afendi la gamaknya...Kalau lihat pada latarbelakang Abdullah Hishan maybe dia layak utk jaga hal-hal pembangunan sbb dia ada xperience dgn urusan membabitkan kelab dan daerah. So tinggal lauyer dari Kelantan ni je la yg tinggal. Lagi satu apa agenda 2 Tim. Presiden tu...? TM kena bijak bahagi masa antara bola hoki dgn bola sepak. Anuar Musa kena turunkan ilmu mcm mana dia merevolusikan bola sepak Kelantan kepada peringkat K'saan. Malah yg lebih menarik nak tengok gak mcm mana 6 tokoh ni mampu berkerjasama dengan SUA FAM. Seronok gak aritu kat KT terdengar kat warung kpoi org dok sembang sapa patut jadi Timbalan dan Naib. Konklusinya dema cakap FAM ni mengarut je...
PEMERHATI JAUH
SUATU masa dulu pemegang jawatan utama dalam barisan EXCO FAM tidak boleh memegang jawatan utama di peringkat negeri. Dalam erti kata lain, mereka harus memilih satu antara dua. Sebabnya mudah - supaya keputusan yang dibuat tidak dilihat seperti menyebelahi pasukannya sendiri.
Aku dengar ada salah sebuah pasukan seperti mahu 'sedekah pulut kuning' di atas kekalahan salah seorang calon itu.....
Post a Comment