Thursday, August 12, 2010

Pemilihan Hamidin tidak sah?


Updates:

Penjelasan daripada Datuk Azzuddin Ahmad, menerusi kiriman sms:

'Salam Khawari. Actually, anybody can contest, as long as they are being nominated by a Member. The new FAM Statute is effective officially on 31 July. Hamidin's case, there was nothing wrong.

"Only at the next Election Congress in 2014, an Exco Member cannot be a delegate. Other than that, anybody can be a candidate, as long as he or she being nominated by a Member...'


Original posting:-
Keraguan kini timbul mengenai status Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin (2 dari kanan), yang terpilih dengan undi kedua terbanyak untuk mengisi jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kenapa?

Sebab mengikut perlembagaan FAM, yang digunapakai untuk pencalonan calon-calon ke jawatan itu, calon-calon yang mahu bertanding harus daripada kalangan ahli-ahli yang menduduki Majlis di ahli gabungan.

Dalam hal Hamidin ini, dia adalah Setiausaha Agung FAS yang menerima gaji. Jadi, dia bukan Ahli Majlis FAS, tetapi ex-officio yang berada dalam Majlis kerana tugas dan tanggungjawabnya. Dengan status sebegitu, Hamidin tidak mempunyai undi dalam Majlis FAS.

Statusnya sama seperti Datuk Seri Paul Mony Samuel masa dia jadi Setiausaha Agung FAM dulu. Dia pun terima gaji dari FAM, jadi dia tak ada undi jugak. Jadi, dia bukan ahli Majlis FAM.

Jika terbukti Hamidin bukan Ahli Majlis FAS, ia sekali gus bermakna pencalonannya untuk bertanding jawatan di peringkat FAM itu tidak sah. Jika tak sah pencalonan, kemenangan itu pun boleh dikira tak sah jugalah.

Aku bukan nak mengungkit atau jadikan Hamidin sebagai sasaran, apatah lagi statusnya sebagai antara 'kingmaker' bola sepak tempatan.

Tapi jika terbukti suara-suara yang timbul mempertikaikan kesahihan pencalonan itu ada kebenarannya, ia bermakna Hamidin tidak boleh berfungsi sebagai Naib Presiden FAM.

FAM juga tidak boleh memilih tutup mata, tambahan pula ketika badan induk itu sebelumnya mencanangkan kejayaan meminda perlembagaan yang kini lebih selari dengan FIFA.
Jadi cadangan aku, eloklah perkara ini diselidiki sebaik mungkin. Jangan ada pihak cuba memutarbelitkan keadaan, sebaliknya kita selidiklah fakta yang ada. Itu penting.

Jangan kita cuba 'halalkan' benda yang tak betul, semata-mata kerana kita terlepas pandang! Jika terbukti 'halal', Alhamdulillah...

7 comments:

Anonymous said...

Salah tetap Salah bro walaupun dia seorang 'playmaker' semasa pemilihan baru-baru ni. So skrg ni sapa yang nak bersuara atau membuka cerita atau nak lakukan protes? Kalau Raja Mad Zainuddin yang memulakan langkah nanti orang kata dia gila talak lagi...Harap2 stori ni x abis kat sini je..Lawan tetap Lawan

XABI ALONSO
LARKIN

Doctor Romario said...

hmmmm...which means the election is null and void and a re-election must be held? :)

For the Game. For the World.

Haresh Deol said...

Very the interesting lah. Hahahahaha. Wish I can ask him this on Kafe Sukan :P

rosli said...

Salam Bro,

Byk sgt kepincangan dalam FAM , tp sapa nak lawan. Mereka bukan nak dengar luahan hati kita. Mereka byk syok sendiri.

Bro, hope one day you boleh kumpul bekas2 pengurus dan setiausaha kelab2 yang pernah bertanding dlm liga Perdana dan Super. MPPJ, TMFC, Public Bank, KM Naza dan byk lagi.

Salah satu perkara yang FA Negeri marah adalah jika Pasukan Kelab melebehi dan jauh lebih baik dari mereka. Selaku bekas Setiausaha Kehormat TMFC saya biasa berurusan dengan FAM, mereka lebih suka 'bunuh'pasukan Kelab dari biar pasukan Kelab bersaing tinggi. Saya punya bukti kes TMFC tahun 2007.

Bagi YM Dato Raja Ahmad Zainuddin, saya sanggup berdepan dengannya kalau kita serius nak tgk bolasepak Msia maju, saya pernah 'bertekak' dengannya selama 45 minit di FAM ketika TMFC membuat rayuan piala FA pada ketika itu. Kalau ketika itu saya bawak peguam mgkn TMFc akan memang kes itu....mintak YM Dato Raja Ahmad...diam2 je lah skrg ni....tak guna menyalak bukit.

Bagi kes pemain impot, semasa sessi brainstroming dengan semua FA negeri dan Kelab bulan Julai 2007, saya melalui TMFC dah bg cadangan.....tp ketika itu hampir semua FA Negeri bersungguh2 tak mau guna pemain impot.....saya dah cakap jangan nanti nak bukak semula dan amik semula pemain impot....betul apa saya cakap ketika itu.....dlm masa 3 tahun mesti FA negeri dan FAM akan maik semula pemain impot.....Keputusan FAM dan FA Negri tidak konsisten dan berubah terlalu kerap dan terlalu byk kepentingan diri dan FA Negeri ketika itu. Ketika itu Dato Junid ( FA Penang) yang begitu beriya2 tak mau pemain impot dengan alasan nak bagi pemain tempatan peluang. Tgk sekarang apa jadi.

Bro, saya sedia berkongsi rasa dan cerita sebelum TMFC dibubarkan atas alasan untuk menumpukan kepada penajaan kepada FAM. Cumanya saya kena berhati2 memberikan ulasan kerana sekarang saya masih lagi staff TM. Ramai staff TM mahukan TM ujudkan semula TMFC dan bersaing dengan Liga Msia.

Sekian dulu buat masa ni, terlalu byk yg hendak diperkatakan. Terlalu ramai yang sibuk nak dapat gelaran Dato semasa bersama FAM dari benar2 nak memajukan bolasepak Msia.

Kalau mendapat peluang saya ingin sangat berjumpa 4 mata dengan DYMM Sultan Pahang atau DYTM Tengku Mahkota Pahang selama 45 minit sahaja untuk menyuarakan/ atau membentang kertas kerja bagi Msia ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun 2026 atau 2030 atau 2034. Ramai yang akan cuba gelakkan saya , tp saya begitu yakin. Bilalah agaknya dapat peluang ini.....?

rosli said...

Bro,

Tahniah kerana berani, ada masa kumpulkan semua bekas pengurus dan setiausaha agung/ kehormat kelab.

Jgn lupakan saya bekas SU Kehormat TMFC. Byk boleh dikongsi

Anonymous said...

bro, Malaysia boleh, semua pun boleh. Dulu Phua Tai Neng tanding di OCM, menang, tapi bila check dia GM BAM, bukan council member. Tapi as usual jawapannya " it doesnt matter, as long as he sits in the council meetings" Hamidin pun samalah nanti.

aku puasa setengah hari said...

ko tau apa yg paling best kat blog nie? tengok muka presiden SAM senyum lain mcm bila interbiu Tun M.

Senyuman tu mcm Anuar nak main si Saiful jer..