'Duka' berganda nampaknya terpaksa ditelan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar).
Sudahlah pasukannya kalah kepada Selangor pada perebutan gelaran Liga Super, nampaknya 'kemenangan awal' ketika Kongres FAM lalu juga bukan diterjemah jadi kejayaan kekal apabila Annuar nampaknya tewas dalam 'percaturan kuasa' di koridor badan induk itu.
Lihat sahaja senarai pengerusi jawatankuasa yang diputuskan Exco FAM pada mesyuarat sulung, semalam, itu buktinya.
Apa yang Annuar - sebelumnya mengatasi 'percaturan' kem diterajui Selangor untuk memintas Datuk Mokhtar Ahmad dalam perebutan jawatan timbalan presiden kedua - dapat hanyalah jadi pengerusi jawatankuasa wanita. Jawatankuasa yang boleh diibaratkan sebagai 'hidup segan, mati tak mahu.'
Annuar juga diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Malaysian Super League (MSL), syarikat yang diberi tanggungjawab mencari sumber kewangan menerusi penajaan untuk FAM dan Liga Malaysia.
Kenapa Annuar dianggap 'tewas?
Kerana selain dapat jawatankuasa yang 'tidak relevan,' Annuar kemudiannya dipertanggungjawab mencari wang mengisi tabung FAM, tetapi dia tidak mempunyai kuasa terhadap wang itu - kerana ia di bawah bidang kuasa jawatankuasa kewangan FAM.
Lebih sedih, sudahlah wang dicari atas nama Liga Malaysia, Annuar kemudiannya akan tahu bahawa dia juga 'tiada suara' dalam menentukan perjalanan liga, kerana itu bidang kuasa jawatankuasa pertandingan tempatan, yang dipengerusikan 'kingmaker' satu lagi, Datuk Hamidin Amin.
Nak tambah goyahkan Annuar, blogger sukan Rizal Hashim dedahkan bahawa Hamidin dan Datuk Subahan Kamal, dikatakan ada berjumpa 'secara senyap' dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam misi menyingkirkan setiausaha agung, Datuk Azzuddin Ahmad, dan digantikan dengan 'calon pilihan mereka.' Baca di sini
Jadi, selepas ditolak dan dicampur, Annuar akan sedar dia dapat 'jawatankuasa tak relevan', 'cari duit untuk orang lain belanjakan,' 'tiada suara dalam urusan perjalanan liga,' dan berdepan pula 'sekretariat FAM yang mungkin diketuai personaliti pilihan kem berbeza.'
Ibarat 'menabur garam di luka', seorang lagi tokoh dari Kelantan, Datuk Afandi Hamzah - yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai naib presiden - diberi satu lagi jawatankuasa yang juga kurang relevan, jawatankuasa undang-undang dan peraturan.
Ini macam kes 'orang bukan politik' mengatasi 'orang politik?' Atau 'orang bukan politik' kini dah lebih pandai berpolitik daripada 'orang politik?'.
Kita renung dan tafsirkanlah...
Senarai Pengerusi Jawatankuasa FAM:
Bola Sepak Wanita: Tan Sri Annuar Musa
Futsal & Bola Sepak Pantai: Datuk Seri Abdullah Hishan
Keselamatan: Datuk Hussin Ismail
Kewangan & Pengurusan: Sultan Ahmad Shah
Media & Perhubungan Awam: Datuk Subahan Kamal
MSL: Tan Sri Annuar Musa
Audit Dalaman: Datuk Seri Mohamed Sulaiman
Pemeriksaan, Pemantauan & Ketelusan: Tan Sri Aseh Che Mat
Pengadil: Datuk Astamam Aziz
Pengurusan Pasukan Kebangsaan: Sultan Ahmad Shah
Pertandingan Antarabangsa: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Pertandingan Tempatan: Datuk Hamidin Amin
Perubatan & Sains Sukan: Dr Hamdan Khalib
Rayuan: Gnanarajah C Ayathurai
Status Pemain: Datuk Takiyuddin Hassan
Tatatertib: Datuk Taufik Razak
Teknikal & Pembangunan Belia: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tiket & Pintu: S Sivasundram
Undang-undang & Peraturan: Datuk Afandi Hamzah
The King, his family and U
2 weeks ago
7 comments:
pandangan ikhlas aku...
salam bro...sekadar nak kongsi pandangan....anuar musa pegang msl, kira standard la sebab dulu KJ pun pegang benda yang sama, mmg tugas Timb.presiden cari duit...so bab cr duit ni mmg susah sikit, jd xkan nak bagi 1 lagi J/K yg berat gak....afendi pegang undang2...bagus, sebab dia pun ada b/ground law...azudin? tak payah tgu hamidin pg mengadap, kalau saya pun boleh mengadap saya pegi.....amende yg bagus kat azudin tu??? hancit!! jadi bro, saya rasa kita tak payah bagi api, kita perlu tolong org2 baru yang betul2 nak majukan bola sepak dan fam....apa salah kita bagi peluang kat hamidin, datuk subahan, datuk abdullah hishan dan semua yang lain buktikan kesungguhan mereka.... kalau diorang pun hancit, baru kita belasah...sekadar berkongsi pendapat .......tq
uknowmela@rafabenitez_subang....... heheheheheh
Tan Sri Anuar Musa (TAM - Mcm plate kereta Porshe dia) perlu berfikiran terbuka. Mungkin sebagai Bos Bosar kat MSL dia boleh kontrol kewangan penajaan drp dibazirkan begitu aje. Laie pun MSL perlukan bos yang betui2 wibawa bukan yang lepas-lepas ni, semuanya lepas tangan. Pastu bagi kat org yang sibuk dengan ABL & tak sure tentang roles yang perlu dilakukannya. So 3 eko budak dlm MSL tu nak dikira apa ye setakat ni? Makan gaji buta??? Setiap Pengerusi perlu ada Timb. Pengerusi, so TAM perlu cari la org-org Pompuan yang standard mcm dia jadi Timb. Pengerusi. Tentang Hamidin tu tak perlu dipersoalkan banyak sebab dia memang hebat bermain catur dari luar dan apa yang diidamkan (mungkin) dah termakbul. Lgi pun apa yang TAM nak susahkan sebab sebelum keputusan Liga J/K Pertandingan dibuat ianya pasti akan dibentangkan kepada Ahlil2 Eksekutif so TAM selaku Tim. Presiden boleh buka mulut la..Kepada TAM prove your worthy la macam you buek kek Team Kelantan..be happy!!!
XABI ALONSO
LARKIN
aku setuju ngan 2 komen diatas nih.
memegang MSL adalah satu amanah utk TSAM buktikan kehebatan beliau setelah kegagalan KJ.
MSL Sdn Bhd sudahpun diwujudkan sejak tahun 2004 utk mempromosi dan menarik penaja MSL. tapi 6 tahun berlalu. tiada satupun kejayaan MSL yg boleh dibanggakan.. makin merudum adalah.
buktinya, MSL yg terlebih dahulu diperkenalkan oleh FAM berbanding liga super indonesia (ISL)..
tp ISL kini sudah diiktiraf antara liga terbaik rantau ini. ISL juga diberi tempat automatik ke kejohanan Juara2 Kelab Asia.
MSL kemana??? main AFC Cup pun tercungap2.
Jadi ini masanya, TSAM implemenkan apa yg telah beliau berjaya lakukan di kelantan terhadap Liga Malaysia. MSL perlukan transformasi.. inilah saatnya..
walaubagaimanapon,
luahan ikhlas penulis, Ahmad Khawari Isa ada jugak kebenarannya. Terutamanya melibatkan JK Pembangunan Wanita. JK ini aku rasa tidak releven utk TSAM. aku lebih suka andaikat TSAM turut diberi tanggungjawab terhadap pengurusan pasukan kebangsaan...
Namun, pandang dari sudut positif, Bolasepak wanita juga perlukan pembangunan, perlukan kemajuan. taraf kita terlalu teruk walaupon di rantau asia tenggara. jadi pasukan belasahan...
Kepada ahli majlis, selamat bertugas. kepada HAMIDIN, sila bersikap adil dalam setiap tindak tanduk anda. semua orang tahu, hamidin orang kuat selangor..
GOMO MALAYSIA GO MORE !
KITA digalakkan bersangka baik. Pelantikan TAM sbg Pengerusi wanita mungkin untuk menaikkan semula martabat bola pompuan ni yg selalu jer ke titik sampai 10 atau 11 kosong.
Kalau nak bersangka buruk pulak, ini mungkin salah satu cara untuk menghadkan pengaruh TAM disebabkan hanya boleh cakap pasal bola pompuan dan jadi peminta sedakah cari duet. Lagi satu kan, maybe saja nak bagi malu TAM bila tim pompuan kena titik nanti.....
Apa2 pun, apakah anda suma percaya ini suma kerja Presiden yang pandai2 calonkan org itu dan org ini?
Budak sekolah darjah nam pon dah tau sapa punya kerja ni....
Let me ask you this.....how can a General Secretary of a state be a Chairman of the Competitions Committee. The will be instances that would involve his own state or another state which may jeopardise the decision taken as being biased although it may not be. An independant person should chair the competitions committee so that there is transparency.
Good luck Malaysian Football !!
salam...saudara ahmad khawari isa,sy setuju dengan pndpt yg telah saudara utarakn berkenaan situasi yg berlaku dlm FAM skarang.inilah yg jelas berlaku apabila ada tangan2 yg sememgnye perosak utama dalam badan induk bola sepak negara kita.keupayaan seseorang di lupakan tp kepentingn sndiri lebih diutamakn.utk apa jwtn pengerusi bola sepak wanita sdangkn yg telah jelas slama ini Tan Sri Annuar Musa adlh utk mengangkat martabat bola sepak lelaki negara.keupayaan yg Tan Sri tunjukkan dgn mnaikkn bola sepak kelantan telah pn jelas dan membuka mata byk pihak sehingga kbykn ahli gabungn FAM sggup n yakin utk memilih Tan Sri sbg seorang Timb Presiden tapi jwtn yg d beri adlh hanye sbg pengerusi bola sepak wanita spt yg telah saudara nyatakn dlm keadaan segan mati hidup xmahu hanye mnunggu ms berkubur je.tak cukup lg dgn itu du beri pula jwtn sbg pencari duit utk liga super.dh la sbg pencari duit,tp org lain plak yg cntrol.jwtn penting bg kt naib presiden yg dh jelas layak ke jd naib presiden kalu dh sgt2 jelas bahawa seorg setiausaha agung persatuan negeri adlh seorg yg mkn gaji.tiap2 bulan dpt duit gaji dr persatuan negeri mcm jwtn setiausaha agung FAM.(Statusnya sama seperti Datuk Seri Paul Mony Samuel masa dia jadi Setiausaha Agung FAM dulu. Dia pun terima gaji dari FAM, jadi dia tak ada undi jugak. Jadi, dia bukan ahli Majlis FAM.
Jika terbukti Ha***** bukan Ahli Majlis FA*, ia sekali gus bermakna pencalonannya untuk bertanding jawatan di peringkat FAM itu tidak sah. Jika tak sah pencalonan, kemenangan itu pun boleh dikira tak sah jugalah.)so,xjelas lg ke diri tu memg xsah pegang jwtn tu.jwtn2 pnting sume dh kne bolok yg bhgn atasan.dr dulu lg team bola m'sia xmaju2 nk pegang jwtn besar lg ke?lebih dr satu jwtn plak tu.bg la kt org lain plak pegang.Tan Sri tu dh jelas dh bwk dan angkt team negeri dia dlm liga super n sume ahli gabungn pn yakin ngn kebolehan dia n nk tgk idea2 yg dia akn bw utk majukn bola sepak negara kita.tp bila tgk keadaan yg berlaku dlm FAM skang ni sy yakin pemerhati2 yg sdang memerhatikn FAM pasti turut tak berpuas ati dgn ape yg berlaku skarang ni.kembalikn la kepercayaan peminat bola sepak kita kembali dan salah satu cara adlh Tan Sri boleh jd nadi utama dlm menaikkan martabat bola sepak kita.jgn la gila kuasa sgt nk pegang smpai 2 jwtn penting plak tu.jwtn pnting ni kalu pengerusi tu xbole pkai so pe yg jd?konfem la dua2 pn hancur.
tlg utamakn bola sepak negara.kpd Sang Kunang,anda kata nk bangunkn bola sepak wanita kn.sy nk tnye anda,bola sepak lelaki malaysia dh mmpu pegi sjauh mne sgt hah?ckp tu biar berpk dlu.jgn nk ckp angkt team wanita tp tumpu la angkt team lelaki negara kita dlu.
kpd dua komen teratas,anda jgn suka bndingkn dgn org yg dh jelas xbw pape pembangunan kpd bola sepak negara kita sdangkn Tan Sri dh jelas bwk team negeri kelantan berjaya dlm liga super baik dr segi kehebatn dlm liga mahupn dlm pengurusan.kalu nk ckp sal cri duit,kamu tlg cri la duit tu.kalu dh punca sbnr xbaiki sape yg melabur dlm liga kita.kne thu skit punca utama knapa org xminat melabur dlm liga kita.kalu liga tu dh confem wt org yakin berbaloi utk melabur,sy yakin kita xperlu nk cari dh smemangnye org akn melabur.so sdar n faham pe yg sbnrnye berlaku.lg satu,kalu Tan Sri cri duit,bkn dia yg control n pegang duit tu.bhgn kewangn yg sedap duk snang lenang tggu duit msuk yg cntrol.sape yg jg bhgn tu?haish..huhu...
p/s:tlg kembalikn smula ape yg sbnrnye kami mahukn dlm FAM tu.yg terpilih dlm jwtn teratas tp bg pegang jwtnkuasa ntah pape tu yg memang kami xpuas ati sgt2.
Post a Comment