Sudah lama aku tidak dapat membuat posting baru dalam blog ini. Susah juga nak kekalkan momentum sebegini...jadi aku tabik rakan-rakan blogger seperti rizalhashim dan ramai lagi yang sentiasa berupaya.
Namun daripada sudut positif, ia juga memberi alasan cukup baik untuk aku. Kerana sepanjang Ramadhan yang lalu, tiada posting baru bermakna tiada pula aku mengkritik mana-mana pihak.
Aku juga dapat meredakan rasa tersinggung, terutama daripada segelintir pihak yang terlalu taksub dengan seseorang individu pemimpin hingga mengecam aku tanpa langsung malu dengan adab serta tata susila sebagai orang timur, apatah lagi sebagai saudara seagama.
Aku titipkan olahan mengenai Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa sebagai nasihat kepada beliau. Tetapi ada pihak yang taksub dengan tokoh ini bingkas terus menghentam aku. Aku cuma mahu beri nasihat.
Untuk pengetahuan pihak yang menghentam, aku pernah berada 'dalam FAM' untuk tempoh hampir lima tahun. Aku tahu asam garam 'permainan politik' FAM. Tan Sri Annuar ada niat baik, samalah seperti ramai lagi barisan pemimpin yang pernah mengisi jawatan penting juga. Tetapi apa yang mungkin Tan Sri Annuar belum rasai, yang sudahpun dijadikan pengalaman oleh pemimpin yang lain, ialah betapa sukarnya untuk membuat perubahan, apatah lagi mahu memulakan revolusi.
Aku tersenyum apabila cepat Tan Sri Annuar membuat penjelasan mengenai perlantikannya. Aku 'salute' niat ikhlasnya. Aku doakan beliau berjaya.
Tetapi pada masa sama, seperti dinyatakan oleh Tan Sri Annuar, beliau perlukan masa.
Jadi, atas alasan sama juga, aku tersinggung dengan segelintir pihak yang bingkas menuding jari, menyerang tanpa alasan, semata-mata kerana 'nasihat' aku kepada Tan Sri.
Aku tahu apa yang aku katakan!
Kepada penyokong-penyokong ini, jangan terlalu taksub menyokong, lantas menyerang orang lain, jika kita tidak tahu hujung pangkalnya. FAM bukan KAFA. Banyak ranjau dan liku menanti.
Aku tidak mahu nanti terpaksa ketawa, dalam sedih, apabila nasihatku ternyata jadi kenyataan!
Fikirkanlah...
The King, his family and U
2 weeks ago
2 comments:
betul tu saudara, kalau dah obses, kemaruk dan taksub, kita jadi emosional. tidak rasional. wartawan, khususnya yang pernah bertugas dalam persatuan, tentunya rasional kerana sudah melihat perspektif dari kedua-dua belah pagar. tapi inilah nasib penulis, blogger mahupun media alternatif dan arus perdana.
Biasala khawari orang ada kuasa beginila. Sama macam keja gak kalau orang yg berpangkat dah tak suka buat macamana baguspun tetap salah gak.
Dunia sekarang.
Post a Comment