Dalam memandu ketika perjalanan pulang daripada Johor Bahru ke rumahku, hari ini, aku kerap menukar stesen radio kerana frekuensinya yang berubah-ubah.
Ketika asyik membelek-belek stesen sesuai untuk jadi teman aku dalam perjalanan, terdengarlah satu iklan mengenai kopi serbat (kalau tak silap). Yang aku kenal suaranya ialah watak 'Ravi' dalam sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' dulu. Trademark ayatnya: 'Sudah Tukar Ka?'
Lantas, mari aku persembahkan 'sitkom terbaru' ciptaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam Akhbar Harian Metro, bertarikh 8 Oktober 2005, muka surat 59, ada berita bertajuk: 'Presiden Sokong Denda 5 Kelab'.
Petikan beritanya seperti ini:
'Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Jawatankuasa Pertandingan FAM ke atas lima pasukan kelab yang menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia musim depan.
Menurut beliau, tindakan tegas terhadap lima pasukan itu adalah wajar kerana ia menyusahkan FAM, termasuk menjejaskan masa depan pemain kelab terbabit.
"Pasukan terbabit sudah menerima pengajaran setimpal dan diharap ia akan menjadi pengajaran terhadap pasukan lain yang ingin menarik diri..."
Beliau mengulas laporan mengenai dua kelab iaitu Public Bank dan MK Land masing-masing didenda RM50,000 dan digantung daripada menyertai sebarang perlawanan sehingga 2010 selepas menarik diri daripada Liga Malaysia musim depan..."
Akhbar Berita Harian, bertarikh 19 September 2006, muka surat 22, ada berita bertajuk: 'MPPJ Kena Gantung, denda RM50,000.'
Petikan beritanya:
Angkara sikap berlengah untuk mengesahkan penyertaan dalam Liga Super musim depan, MPPJ dihukum dengan penggantungan dua tahun dan denda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM selepas tiada sebarang khabar berita diterima daripada pengurusan kelab berkenaan selepas tamat tempoh rayuan asal, 30 Ogos lalu...'
Apa yang kita faham daripada dua cerita ini? Satunya, ORANG NOMBOR SATU FAM sokong supaya mana-mana pasukan yang tarik diri, harus kena hukum 'kerana ianya menyusahkan FAM dan menjejaskan masa depan pemain...'
Nombor dua: FAM konsisten mengenakan penggantungan dan denda standard: RM50,000 kepada mana-mana pasukan yang menarik diri selepas 'gagal mengesahkan penyertaan untuk musim akan datang.'
Dah Faham? Okey?
Sekarang, mari kita tengok pula kenyataan dalam akhbar New Straits Times, 14 Oktober 2009, ditulis Ajitpal Singh, dengan tajuk 'Malacca in doubt, Sarawak out.'
Dua perenggan terakhirnya berbunyi macam ni:
'Azzudin said teams that pull out from next season's M-League will not face disciplinary action.
"According to FAM rules, only those who withdraw midway through in the season will be sanctioned," he said.'
Soalan aku sekarang ialah: 'Sudah Tukar Ka?'
* Aku sekarang sedang bercuti. Aku ada salinan peraturan pertandingan Liga Malaysia 2009 yang diluluskan Majlis FAM, tapi tersimpan di pejabat.
Seingat akulah, peraturannya masih sama - sapa tarik diri, dia kena gantung. Sampaikan pegawai pasukan yang tarik diri pun, akan kena gantung. Itu aku ingat sebab masa MyTeam ura-ura nak tarik diri untuk musim depan, Datuk Che Mat Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ada kata - dalam akhbar juga - yang tiada mana-mana pegawai akan terkecuali daripada digantung daripada terbabit dengan bola sepak jika pasukan mereka menarik diri.
Aku ingat sangat, sebab itu timbulkan kemungkinan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga Timbalan Presiden FAM, tidak boleh terbabit dengan bola sepak. Lagilah aku ingat, sebab masa tu, aku langsung tak yakin FAM akan berani buat punya!
Aku akan cuba dapatkan salinan peraturan itu daripada pejabat. Tapi aku mahu terlebih dahulu tuan badan yang mengeluarkan kenyataan paling akhir kat NST tu supaya dapat kemukakan bukti lebih spesifik: peraturan apa, artikel nombor berapa, kat mana dalam buku peraturan itu, yang kata pasukan menarik diri sebelum bermula musim, tidak akan dikenakan hukuman.
Buku peraturan tu pulak mestilah yang sudah diluluskan oleh Majlis FAM, dan sama dengan apa yang ada dalam simpanan mana-mana pasukan negeri serta kelab, jika kita perlu nanti nak jadi bukti tambahan, mana tahu kalau buku versi yang aku ada tak sama dengan apa yang dia ada.
Jika ada bukti, aku akan terima. Jika tidak, macam mana nanti nak jawap kepada 'ketidak adilan' yang terpaksa diharungi pegawai-pegawai bola sepak daripada public bank, mk land dan mppj yang benar-benar ikhlas nak terbabit dalam bola sepak, tapi tak boleh kerana FAM gantung mereka ekoran ada kaitan dengan kelab yang juga tergantung.
Jika takde bukti kepada persoalan 'Sudah Tukar Ka?' itu, mungkin lebih baik kita tukar aje tuan punya badan yang buat kenyataan....betul tak?
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
sokong! azzudin mmg bengong, dasar askar pencen yg ingat dia masih lagi keje sojar.....bila nak ganyang dia ni...? tak sabar nak kembali hangatkan PC mcm dulu2.....
INILAH masalah besar yang dihadapi ladang tersebut. Orang nombor satu yang juga tuan punya ladang 'terpaksa' percaya sangat kepada apa jua cakap-cakap kedai kopi yang disampaikan oleh pengurus ladang. Kepercayaan itu turut diterjemahkan melalui penyambungan kontrak pengurus berkenaan yang sepatutnya tamat September lalu.
Apabila ladang bermasalah, tidak dapat tidak, pengurus ladang harus bertanggungjawab untuk memperbetulkannya. Namun amat malang apabila si pengurus sendiri rupa-rupanya kurang arif dengan peraturan dan prosedur yang digunapakai dalam pentadbiran ladang tersebut.
Maka hasilnya, kelam kelibutlah akan sekelian hamba rakyat yang pening dengan cara pengurus ladang menguruskan ladang yang ditubuhkan hasil dari wang hamba rakyat sekelian.
Yang hairannya, pemegang-pemegang syer terbesar yang dikenali sebagai orang-orang No. 2, 3 dan 4 buat-buat tak nampak akan kepincangan yang dilakukan oleh tuan pengurus. Oleh yang demikian, si pengurus memikirkan dia boleh buat apa saja yang dia suka kerana tuan punya ladang termasuk pemegang-pemegang syer terbesar tidak pernahpun menegurnya.
Hamba rakyat juga sedia maklum, pengurus ladang mempunyai pembantu-pembantu yang amat kuat menyokong beliau. Tapi sayangnya, sokongan dan nasihat yang diumpan kepada boss mereka sesuatu yang tidak mengikut prosedur dan bercanggah dengan peraturan. Ini termasuklah tindakan memecat ketua-ketua blok yang tidak mengikut 'Akta Pekerja Tahun 1966'
Elok rasanya tuan pengurus dan pembantu-pembantu kuatnya terutama sekali Mandor Mat Musang supaya keluar secara terhormat bagi mengelakkan terus menjadi bahan gelak ketawa orang lain. Apa yang dibimbangi, buruh-buruh ladang akan terus menerima nasib malang apabila berketuakan si pengurus dan Mandor Mat Musang.
jangan main hentam aje, kena baca dulu peraturan sebelum keluar dalam news
Dulu masa hukum Kelantan pun terbukti berlaku kesilapan. Entah apalah nak jadi dengan FAM ni.
Presiden, Timbalan Presiden hat yg 2 org tu dan 3 Naib Presiden kena la tengok-tengok sikit cara sekretariat buat kerja. Jangan main lepas tangan jer....
Macam mana bola nak maju kalau semua kerja tak betul?
JANGAN SAMPAI LADANG KENA BAKAR
BERLAKU ketidaktelusan dan pilih kasih dalam proses pendaftaran pengadil FIFA bagi 2010. Mengapa hanya pengadil dari negeri dan status jawatan tertentu saja dipanggil untuk ulangan ujian kecergasan?
Ramai bersetuju Badrul Kalam memang wajar diberi peluang kedua kerana beliau merupakan aset negara kerana pernah mengadili Futsal Piala Dunia. Tapi apa kurangnya Rosli Sahrul yang turut merupakan pengadil elit AFC?
Apakah semua ini dan permainan siapakah ini?
sdr shah,
NAk buat ulangan pun biarlah ikhlas. Apa la ertinya jika dibuat pada malam bulan puasa ketika org lain sibuk berterawih, kita sibuk terkinja-kinja?
Satu hal lagi, apalah gunanya ulangan jika diadakan pada masa seseorang itu sedang ditimpa kecederaan?
Mana nak letak muka bila orang sering pertikaikan kesilapan kita?
Tapi bila fikir dua kali, kalau ada perasaan malu, memang dah lama angkat kaki. Itu la cerita sebenar.....
Khawari,
While not wanting to comment on the jist of your 'blog' here. I would like to point out some factual errors with regards to MyTEAM FC.
With reference to the following paragraph of your 'blog' :-
''Seingat akulah, peraturannya masih sama - sapa tarik diri, dia kena gantung. Sampaikan pegawai pasukan yang tarik diri pun, akan kena gantung. Itu aku ingat sebab masa MyTeam ura-ura nak tarik diri untuk musim depan, Datuk Che Mat Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ada kata - dalam akhbar juga - yang tiada mana-mana pegawai akan terkecuali daripada digantung daripada terbabit dengan bola sepak jika pasukan mereka menarik diri.''
Please note that at that time (June 2009), MyTeam did not request to pullout from next Season 2009/2010, instead what we requested from FAM was permission to not participate in the on-going Malaysia Cup competition, while letting our players join other teams. It was rejected, and we followed up with another request to loan out all our 'expensive' players (that already had suitors), while carrying on with cheaper options that exist within both the Senior and Juniors squads. However, that too was rejected.
With reference to the following paragraph of your 'blog' :-
''Aku ingat sangat, sebab itu timbulkan kemungkinan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga Timbalan Presiden FAM, tidak boleh terbabit dengan bola sepak. Lagilah aku ingat, sebab masa tu, aku langsung tak yakin FAM akan berani buat punya!''
Please note that the chaos in this matter happened when Kosmo ran an article, at that time, quoting Che Mat Jusoh as saying that all office bearers including the President or Chairman within an association or club (in this matter MyTeam) could be faced with an 3 year suspension from 'affliated' football. However upon checking with Ahmad Fuad, it was determined that Che Mat Jusoh had spoken wrongly, and only office bearers in administrative capacities (middle level management) that can be held responsible for suspension, excluding the President or Chairman of any association or club. In this matter, our Chairman YB Khairy Jamaluddin, will not be liable for any suspension. The matter was cleared up the following day when Kosmo ran an article, stating Ahmad Fuad's clarifications on who is liable for suspension.
You may refer to Kosmo's journalist Wan Fakhrul, for further info on this.
Thank you.
Shamim Imran
Media Officer & Asst.Team Manager,
MyTEAM FC
Pelbagai perkara yang tidak betul telah berlaku, samalah dengan situasi yang telah terjadi semasa Bolasepak Pantai berlangsung. Kepada yang prihatin maklumkan kenapa semua ini boleh berlaku. Amat menyedihkan nama FAM dipergunakan sedemikian.
Post a Comment