Aku hadir dijemput Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai tetamu untuk rancangan 'Wisel Penamat', awal pagi tadi. Ini adalah panggilan terbaru, selepas aku beberapa kali muncul dalam rancangan sama dan program berkaitan dengannya, termasuklah Sukan@1 dan Sebelum Wisel. Tumpuan perbincangan ialah mengenai saingan suku akhir Piala Malaysia yang akan bermula, minggu depan.
Biarpun siaran rancangan itu bermula jam 1 pagi, masih ramai yang menanti untuk menontonnya. Bukti? masih ramai pemanggil yang menghubungi sepanjang rancangan itu, termasuklah seorang peminat yang berasal dari Pulau Pinang tetapi kini mencari rezeki di Pulau Batam, Indonesia.
Daripada ramai-ramai pemanggil itu, satu kesimpulan terjelma. Rata-rata mereka hairan dengan format 20 pasukan yang bertanding pada peringkat kumpulan kali ini ketika format membabitkan 16 pasukan, yang layak secara merit sejak bertahun-tahun, diabaikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kali ini.
Sebenarnya, tidak susah mencari rasional penambahan jumlah itu. Ia bermakna semua 14 negeri dan dua ahli gabungan lain - Tentera serta Polis - dapat layak secara automatik. Baki empat tempat pula adalah ihsan yang diberi kepada empat kelab. Ia bermakna faktor merit diketepi, ketika 'aku jaga kamu' tampak diberi perhatian.
Akibatnya, seperti disebut Haji Zainal Rawop dan jurulatih Ismail Ibrahim - yang aku juga bersetuju - Piala Malaysia ibarat hilang prestijnya. Apakan tidak, kejohanan tertua dan paling digeruni, kini maruahnya dibiarkan tercalar apabila ada pasukan kalah sampai 6-0, 7-0 dan 8-0.
Aku ada katakan, konsep Piala Malaysia sejak dahulu, yang pernah ditegaskan Datuk Seri Paul Mony Samuel kepada aku - ketika aku jadi 'budak baru' dalam kewartawanan sukan - ialah Kejohanan Terbaik Malaysia, disaingi kelompok Pasukan Terbaik di Malaysia dan finalnya dilangsungkan di Stadium Terbaik yang Malaysia ada.
Tapi itu dulu, ketika perkataan 'integriti' mungkin masih ada maknanya. Sekarang ini, entahlah...
8 comments:
Begitulah saudara presiden SAM.
Saya cadangkan SAM duduk semeja dengan FAM sama-sama membuat kertas kerja dan membincangkan hala tuju bola sepak negara.
Media sukan di malaysia harus sepakat dan berkongsi wawasan yang sama. BH tidak boleh kata FAM bagus tapi Metro kata FAM tak bagus manakala utusan kata kena rombak sedangkan NST kata tak perlu rombak!
SAM adalah pelantar terbaik untuk membawa satu agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua pihak dan semua media agar satu matlamat itu tidak terpesong daripada landasannya!
Malangnya integriti di kalangan penulis sukan juga kini dipertikaikan oleh banyak pihak!
Salam, saya sempat menonton biarpun siaran bermula jam 1 pagi. Tahniah pd RTM kerana mengekalkan siaran Wisel Penamat biarpun disiarkan ketika orang dah mengantuk dan ada yang dah mimpi sampai ke Mekah. Namun itulah hakikat siaran sukan di TV Percuma (Free to Air) waktu siaran kemuncak adalah sekitar jam 12 tengah malam atau 1 pagi. Nak cuit sikit pasal highlight Tenis Terbuka Malaysia. Astro tunjuk LIVE RTM pun ada hajat nak tunjuk tapi pukul 1 pagi. Seeloknya simpan la esok ke lusa ke atau minggu depan atau yang terbaik sebulan dua selepas kejohanan berakhir. Justeru tidak hairan Tenis diketepikan oleh J/K Sukma. Mungkin kalau Patron Terbuka Malaysia campur tangan ada harapan la ditayangkan awal sikit kot? Ok balik pada cerita Wisel ni tadi, apakah yang dibincangkan oleh 4 orang 'Pakar' tu didengar atau ditonton oleh orang - orang FAM. Presiden? Mungkin di luar negara. Timbalan-timbalan? Sibuk agaknya atas urusan bisnes dan berkempen. Naib-naib Presiden dan S/U Agung??? Kul 1 pagi beb, baik mereka tido'. Jadinya orang FAM kata...lantak kau orang la nak cakap apa. Pegawai - pegawai FAM dah tak ada motivasi nak memajukan bola sepak Malaysia sebenarnya. Kalau jadi diswastakan maka 'lepaslah' tengkok mereka. 16 - 20 - 24 team dalam Piala Malaysia sapa peduli lagi asalkan ada pertandingan. Ada yang cakap media kurang bai publisiti. Kalau aku jadi bos media akupun buat benda yang sama, bagi sikit - sikit je, asal ada. Jadinya kalau nak dapat perhatian media, tingkatkan la kualiti permainan dan pertandingan baru la orang bukak mata. Dengar kata majalah Arena Bola Sepak pun dah bungkus sedangkan mereka lama perjuangkan bola sepak tempatan, tapi tak de sambutan. Jadinya elok la siap sedia untuk talkinkan bola sepak malaysia kiranya masa sea games nanti balik tangan kosong. Wassalam Maaf Zahir Batin
XABI ALONSO
LARKIN
Eh dah mula ke Piala Malaysia tahun ni? Tak perasan pulak bila start....
Apa-apa pun kalau benar ada yang kalah 7-0 atau 8- 0, ianya mencerminkan jurang yang agak jauh. Dalam erti kata lain, sepatutnya, pasukan-pasukan yang bertanding mestilah lebih kurang sama standardnya. FAM harus mementingkan kualiti dan bukan kuantiti.
Zaman Dato' Paul Mony, Piala Malaysia ni menjadi rebutan kepada 10 pasukan terbaik dalam liga utama dan 2 pasukan terbaik dalam liga kedua. Jadi, 2 pasukan tercorot dalam liga utama diketepi.
Tetapi suasana berubah. Zaman sekarang apa saja boleh berlaku. Siapa yang berani bising? Banyak cakap nanti aku gantung 2 tahun....
Bro Rizal, apa yg SAM boleh buat untuk mentarbiyahkan FAM?
Andakah anda yakin FAM akan mendengar pandangan SAM?
Sudah brp banyak sesi percanmbahan fikiran yang diadakan dan apakah hasilnya?
Sudah-sudah la tu... baik kita tumpukan kepada sukan-sukan yang peka dengan pandangan rakyat pembayar cukai macam kita. Jangan membazir waktu....
ha
macam mana dengan pendapat tuna punya ladang, pengurus ladang, pegawai kewangan ladang dan jawatan yang terbaru kuli ladang
fam tak peduli apa org nak kata, janji dia masyukk je...bola nak pegi jahanam ke takde sape peduli! fam pada hakikatnya sekarang ni dah tak relevan(merujuk kpd org yg buat keputusan)...bukan lagi parah, tapi dah nazak dah...siapa yg nak selamatkan bola sepak malaysia, kalau staff fam pun kadang2 tak tau apa yg berlaku dalam liga......pengurusan lagi hampeh! sec.gen sambung kontrak, maknanya bagus la kot dr pandangan exco...bagus...???
Anon 4.44pm,
Macam biasa la hal tuan punya ladang. Maybe skrg dia ada di perantauan. Hanya mengharapkan maklumat yang tepat dari si pengurus ladang mengenai perjalanan ladang yang telah lama beliau usahakan. Tidak dinafikan, tuan punya ladang amat mencintai ladang yang telah menjadi darah daging beliau ini.
Masalahnya di sini, maklumat yang disampaikan oleh pengurus ladang banyak yang kurang tepat. Malah cara pengurus ladang mentadbirkan ladang ini kurang disenangi oleh peraih-peraih hasil tanaman. Cerita terbaru yang didengar ialah si pengurus ladang telah menwajibkan para buruh ladang menyertai perkhelahan selama 3 hari di sebuah pantai di Negeri tuan punya ladang. Ramai juga yang bersungut terutama buruh-buruh kaum tertentu kerana pada tarikh yang sama mereka akan merayakan upacara keagamaan. Jadi, mana mungkin mereka boleh turut serta dalam perkhemahan tersebut?.
Mandor Mat Musang seperti biasa akan melakukan kerja-kerja yang tak masuk akal dan seperti biasa juga buruh-buruh ladang akan hanya bercakap di belakang kerana takut di potong elaun overtime oleh Mat Musang.
saudara rock...
sesi percambahan idea memang dan banyak kali buat, tapi hakikatnya, idea tak pernah bercambah...
jd, mcm mana kita nak harapkan sesuatu drpd FAM...
penyudahnya, lihat lah apa terjadi pada Piala Malaysia?...sebelum ini walaupun ranking Malaysia merudum, tetapi Piala Malaysia tetap ok...beza dgn sekarang...
mungkin FAM pun tak perasan bila mana penyokong Kedah lebih ramai berbanding Selangor pada final tahun lepas walaupun diadakan di Lembah Kelang...itu menunjukkan ada penyokong tegar bolasepak pun dah tak suka dengan bolasepak kita....
Post a Comment