Laporan agensi berita AFP menyebut puncanya kerana kecederaan lutut dialami Chong Wei. Blog fair play news dan malaysian sports bingkas mahukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mendedahkan secara jelas di mana silapnya.
Andaian yang cuba ditimbulkan ialah mungkin BAM cuba menyembunyikan kecederaan Chong Wei.
Namun sebelum jari dituding tanpa usul periksa ke arah BAM, saya ingin menarik perhatian semua kepada artikel saya disiarkan di Berita Harian, 10 September lalu. Di dalamnya, Misbun Sidek selaku pembimbingnya, sudah secara nyata melahirkan kebimbangan mengenai situasi Chong Wei.
Siapa yang bertegas Chong Wei tidak akan apa-apa? Bacalah sendiri....
Berita Harian, 10 Sept 2009
'Gerak hati saya selalu benar: Misbun'
Oleh Ahmad Khawari Isa
ADA rasa bimbang masih berlegar dalam pemikiran Misbun Sidek di sebalik penelitian doktor betapa kecederaan ditanggung anak didiknya, Lee Chong Wei, mampu bertahan untuk pentas saingan Masters China dan Terbuka Jepun, bulan ini.
Perasaan itu tidak mampu disingkirkan jauh-jauh, kerana ada gerak hati dan firasat yang membuatkannya mahu supaya apa yang dialami Chong Wei ketika ini, ditangani dengan penuh waspada.
"Sekarang ini, saya tidak tahu. Hanya yang saya tahu ialah reaksi balas daripada doktor pakar. Cuma, saya sudah lama jaga dia, saya nampak dia macam mana. Ini bukan mahu menakut-nakutkan, tetapi gerak hati sayaselalunya benar.
"Sebab itu, amat penting untuk menangani masalah ini dengan cermat.Chong Wei adalah atlit komited dan berkualiti Olimpik, sebab itu kita kena ambil iktibar dan berikan perhatian menepati kualiti yangdimilikinya, tidak boleh ambil ringan.
"Contohnya, kalau tiba-tiba dibuat pembedahan dan perlukan tempoh pemulihan, susah untuk dia kejar balik mana yang tertinggal. Saya anggapkeputusan mengenai rawatan untuknya sebagai sesuatu yang amat penting dan kena buat keputusan yang amat tepat dan terbaik," katanya.
Kebimbangan mengenai kecederaan Chong Wei timbul ekoran `ketumbuhan' kecil di betis kanannya - yang kali pertama dikesan Misbun `ketika sebesar syiling lima sen dan kini sudah sebesar syiling 50 sen'.
Chong Wei sudah pun menjalani pemeriksaan awal tetapi diberikan lampu hijau oleh Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz, untuk menyertai Masters China dan Terbuka Jepun yang dijadualkan bermula, minggu depan.
"Memang saya bimbang kerana ia mengganggu Chong Wei. Jika dulu, dia hanya fikirkan prestasi sahaja tetapi kini ada satu lagi tali kebimbangan yang perlu difikirkannya, membabitkan struktur fizikal. Kalau boleh, kitabuangnya, tetapi ia perlu dilakukan supaya dia rasa selesa.
"Persoalan yang perlu diambil kira ialah berapa besar pembedahannya, berapa lama pula tempoh pemulihannya. Banyak terjadi sebelum ini, seperti Yap (Kim Hock), selepas pembedahan, ia tidak pulih seperti sebelumnya.Ada juga yang jalani pembedahan lutut, asalnya tak serius, tapi bila dah dibuat, hasilnya tidak sebaik diharapkan.
"Saya nampak perubahan yang dialaminya. Kerana itulah, saya harap ia diambil perhatian dan diberi tumpuan serius," kata Misbun.
No comments:
Post a Comment