Berita mengenai pelumba basikal negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi, yang didapati positif kerana menggunakan dadah terlarang, anabolic steroid, memang mengejutkan. Baca berita di sini.
Ketegasan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) untuk meminggirkannya menerusi penggantungan dua tahun, memang dipuji. Sukan berbasikal negara sudah mencecah tahap dunia secara merit, sudah tentu tiada ruang untuk penipuan sebegitu yang mampu mencemarkan imej dan maruah negara.
Episod ini harus jadi pengajaran kepada semua atlit negara, betapa usaha dan kegigihan adalah tunjangnya, bukan cuba mencari jalan pintas menerusi bantuan 'negatif' sebegini. Ingatlah!
The King, his family and U
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment