Wednesday, November 18, 2009

Laluan 'lega' skuad negara

Keluhan awal betapa Malaysia berada dalam kumpulan sukar untuk layak ke separuh akhir acara bola sepak pada Sukan Sea di Laos, bermula 2 Disember ini, seharusnya sedikit reda selepas jadual perlawanan dikeluarkan, semalam.

Ikuti ulasan laluan di Berita Harian, di sini.

Skuad bimbingan K Rajagobal jelas mempunyai tempoh rehat mencukupi sebelum turun dalam dua perlawanan 'hidup mati' dengan Vietnam dan Thailand. Jadi, kurang sikit lah sepatutnya tekanan.

Apa yang menarik untuk dinantikan ialah reaksi 'pegawai-pegawai penting' FAM.

Takkanlah kita boleh lupa 'jenaka' ciptaan mereka apabila cepat-cepat sudah melaungkan keyakinan 'Kita akan menang pingat emas' selepas aksi memberangsangkan ketika bertemu Manchester United pada perlawanan persahabatan, padahal langsung tidak buat 'kerja rumah' mengenai kekuatan lawan dan pesaing utama lainnya.

Alahai FAM. Harap 'jangan kacau' Rajagobal. Biar dia bersiap tanpa gangguan. Berikan semua bantuan. Kerana hanya selepas itu, barulah adil untuk menilai Rajagobal, sama ada dipuji atau dikeji. Jangan teruskan amalan dulu - bila pasukan nak bersiap, kacau selalu, tapi bila kalah, semua lari dan hanya jurulatih yang terpaksa tanggung malu!

2 comments:

Doctor Romario said...

With the right training and strategy...Malaysia Super Tigers can shine at SEA Games 2009. So far so good.


For the Game. For the World.

Anonymous said...

Tukang Kacau ... Ridzuan