Sunday, November 8, 2009

A night to remember

It was a night to remember. For many different reasons.

For Negri Sembilan, it was the night they finally ended their long wait, which started more than a generation ago. The night they finally managed to hoist the Malaysia Cup for the first time. It might be considered as their second triumph in the oldest cup competition in the country, but the last time they won it way back in 1948, it was a different cup - HMS Malaya Cup.

Negri Sembilan players and official celebrating their win over Kelantan

For Kelantan, it was a night that they wished could be erased as soon as possible. Because not only the players failed to live up to the pre-match hype, the fans - albeit a small number from more than 65,000 red-shirted fans - disgraced them even further with their shameful antics.

I have been covering local football for more than 15 years. I had covered many incidents, violent behaviour by fans and other untoward scenes. But nothing like last night. It was suppose to be the celebration of Malaysia football at its finest, the climax of the season. But the Kelantan fans marred it.

There's no excuse. No point for any officials, politicians and the likes to try and spin it. It was disgraceful, shameful and totally disgusting.

For the record, Negri beat Kelantan 3-1 with goals from Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar and Zaquan Adha Abdul Radzak. Kelantan's solitary goal was scored by Indra Putra Mahayuddin.

A small group of irresponsible Kelantan fans burned the chairs at National Stadium to vent their frustrations.

9 comments:

lya said...

ENTAH untuk yang ke berapa kali aku terpaksa sekali lagi tidak percaya kepada FAM berhubung kenyataan untuk mengambil tindakan ekoran gelagat para penyokongnya pada Final sabtu lepas.
Manakan tidak? Atas dasar apa FAM boleh mendakwa dan menyalahkan KAFA yang harus bertanggung jawab terhadap kekecohan tersebut.

Mudah sungguh kerja para bijak pandai orang-orang Kelana Jaya. Berlaku saja kekecohan, salahkan penyokong negeri tertentu. Lupakah mereka segala hal yang bersangkutan dengan final itu adalah tanggung jawab mereka?

Cakap biarlah berlandaskan fakta. Peminat sekarang sudah pandai menilai....
Jangan lepas tangan beb.

Anonymous said...

The culprit here is FAM and not the Kelantan supporters. Who allowed them to carry the fireworks and bottled drinks into the Stadium?.If there were stringent checks the events on Saturday night would not have occurred.

Fans would surely remember that in 70's and 80's there were stringent checks on every fan entering the stadium. Bags were checked for, water bottles is certainly a no-no and you can forget about bringing in your umbrella even though its raining heavily.

The Pengurus Ladang is more interested in killing other peoples career, stealing other peoples idea and lining up projects for his cronies and son.

Keep up the good work bro as the truth will always prevail.

Anonymous said...

Hamba kurang pasti dgn kenyataan SUA FAM Dato' Azuddin mengenai "10 ribu anggotapun tak cukup". Jelas beliau kurang bijak bercakap mengenainya. Meeting berkali-kali dengan pihak keselamatan tetapi apa yang dia orang buat?? Setakat datang pakai uniform pas2 arah sana-sini, bebudak UPSR pun mampu buat!! Dah tau final, tiket dah habis bermakna 90 - 100 ribu penonton akan berada di stadium, jadinya kenalah buat kawalan yang terbaik. Kawal la pintu masuk seawal jam 3 kalau boleh dan buat pemeriksaan rapi. Mrk datang dari jauh terus ke stadium dan bukan semua ada sedara mara kat sini atau mampu sewa hotel. Beri mereka masuk awal untuk duduk diam-diam dalam stadium, sekurang-kurangnya boleh tidur kejap. Kan pegawai - pegawai tertinggi FAM pernah berkali - kali ke Piala Dunia, so gunakanlah pengalaman tersebut. Tak boleh bawak botol air masuk tetapi boleh dijual di dalam. Pelik tetapi benar!!! KAFA tak boleh dipersalahkan 100%. FAM kena adil dan jatuhkan hukuman yang sama pada Perlis atau Terengganu. ATAU FAM takut sebab Perlis negeri Timbalan Presiden manakala Terengganu negeri Pengerusi J/K Pertandingan. Kelantan negeri Pengerusi J/K Disiplin!! Jangan lupa itu..Masalahnya dilihat pegawai - pegawai FAM terlalu memikirkan keselesaan VVVIP malam tu menyebabkan mereka kalut dan terlupa yang datang bayar dan membeli tiket adalah golongan marhain seperti kami. Jadi kami ni sekadar penonton yang berada di pinggiran. Tepuk dada tanya iman lah!!! Wassalam

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Cayalah Iya ..... hehehhehehe

betul betul betul

LEE SETIAWAANGSA said...

BUKANKAH SUDAH DUA KALI PASUKAN SI ANU TU DIDAKWA SEMASA PERTEMBUNGAN LIGA P SETAHUN YANG LALU SEMASA BERTEMU DGN PASUKAN JALAN RAYA DAN TETAPI TERLEPAS BEGITU SAHAJA KERANA PENGURUS LADANG YANG BIJAK PANDAI MENGATAKAN BAGAIMANA NAK MEMBUKTI YANG DUDUK DISEBELAH SANA TU PENYOKONG SI ANU. MAKA ITU TERLEPAS PASUKAN SI ANU LAGI.

Anonymous said...

Terpanggil untuk meungucapkan tahniah kepada pihak media yang rasanya kali ini benar2 memainkan peranan untuk menghidupkan bolasepak Malaysia secara `mega'. Semua akhbar dan media elektronik memanaskan lagi suasana dgn preview yg menarik dan berterusan. Inilah julung kali preview b/sepak tempatan menyamai malah melebihi bolasepak luar negara. TAHNIAH semua. Moga usaha ini berterusan dan tidak hanya tunggu perlawanan akhir sahaja. Maka barulah Liga bolasepak negara akan bertambah meriah. zaman moden ini sesetengah pasukan mengira `media exposure' sebagai sebahagian dari `return of investment' @ ROI terutama penaja.

Tentang insiden penonton yg `merusuh, leih baik semua pihak duduk berbincang dengan hati terbuka untuk mengatasi masalah dari terus berbalah. Rasanya SAM yg diketuai saudara boleh jadi org tengah dan menyumbang secara rasmi ke arah pembangunan bolasepak khususnya. FAM juga dengarlah pandangan pihak berkecuali.

Ariff

Pak Chu said...

"KAFA juga didenda RM20,000 untuk tuduhan kedua kerana penyokong-penyokongnya membaling objek terkena pegawai perlawanan manakala tuduhan ketiga adalah merosakkan harta benda Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kerusi dan pintu pagar sekaligus didenda RM25,000," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam di Wisma FAM Rabu.


Nota;

Macam mana pegawai perlawanang tu boleh tau yang membaling objek tu penyokong Kelantang???? Dia ada mata di belakang kepala ke???/

Semestinya kah yang memakai baju merah tu penyokong kelantang????

lya said...

HARAP KAFA bersabar dgn hukuman yang dijatuhkan oleh pihak FAM.

KAFA mempunyai asas untuk merayu dalam tempoh 14 hari kerana tiada bukti sahih yang boleh dikaitkan dengan penglibatan penyokong pasukan Kelantan.

Bukti ianya dilakukan oleh 'si baju merah' belum cukup kuat untuk mengaitkan KAFA dan boleh disanggah.

Diandaikan seseorang yang turut memakai baju merah yang merupakan penyokong tegar sebuah pasukan lain yang punya angkara mcm mana? Warna baju tidak mencerminkan seseorang iatu penyokong mana.

Lainlah cerita kalau ada penyokong yang ditangkap dan mengakui dia penyokong Kelantan. Itu barulah boleh dijadikan bahan bukti.

Jika tuduhan tersebut hanya berlandaskan kepada warna baju yang dipakai, mengapa tiada sebarang tindakan yang dapat diambil terhahap penyokong Kelantan yang membaling bunga api ke arah penjaga garisan semasa saingan kumpulan antara ATM lwn Kelantan di Stadium Selayang?

Saya berpendapat, mencederakan pegawai perlawanan adalah lebih berat kesalahannya berbanding mencederakan jurukamera RTM. Walau bagaimanapun, inisiden tersebut tidak dapat diambil tindakan kerana pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kawalan keselamatan ialah ATM sendiri dan tiada bukti kukuh ianya dilakukan oleh penyokong pasukan Kelantan.

so, apa cerita semua ini?

MatRock said...

SERONOK dan puas hati menonton Helo Malaya dalam Tanpanama TV malam tadi berkenaan insiden Final Piala SeMalaya. Tetamu yang diundang ialah Presiden Kelab Kijang Emas dan Pengurus Ladang sendiri. Hujah dan idea Presiden Kijang Emas begitu bernas. Lontaran idea beliau perlu diambil ikhtibar oleh si pengurus ladang yang beberapa kali 'terduduk' terkena sindirian tajam tuan presiden. Tidak cukup dengan itu, seorang pemanggil tanpa segan silu turut melanyak si pengurus ladang ekoran kenyataan ' 10,000 hulubalang pun tak guna' jika sikap penyokong kijang emas sedemikian rupa.

Seorang pemanggil lagi mempersoalkan mengapa pihak yang berwajib tidak membuka pintu arena lebih awal kerana jumlah penonton yang begitu ramai serta keadaan cuaca yang tidak begitu baik.
Seperti kebiasaannya, si pengurus ladang seolah-olah tidak mahu menerima pendapat orang lain. Beliau menjadikan pengalaman lalu seperti Final Piala PA dan kunjungan pasukan Master United (MU) yang tidak mendatangkan sebarang masalah untk membuka pintu arena seawal jam 5.30.

Tuan Pengurus ladang agaknya lupa untuk membandingkan bahawa final piala SeMalaya ini tidak sama dengan kedua-dua perlawanan di atas. Piala PA dan perlawanan dengan Master United tidak sold out tetapi Piala SeMalaya ini 85,000 tiket berbayar telah dikeluarkan. Itu belum campur dengan tiket free dan VVIP lagi. Banyak perbezaan dari segala sudut beb!!

Pengurus ladang juga cuba meletakkan kesalahan dari segi kawalan keselamatan yang hanya tiba di stadium sekitar jam 5 ptg bulat-bulat kpd pasukan hulubalang.
Sepatutnya, pihak penganjur harus berfikir dan bertindak lebih proaktif. Apa salahnya pasukan hulubalang diminta standby dari tengah hari sebab ribuan penyokong Kijang Emas sudah memenuhi perkarangan arena seawal subuh lagi. Macam-macam boleh jadi bila dah ramai macam tu.

Kita nak cakap banyak pun dah tak guna sebab benda dah nak jadi. Cuma harapan kita, pihak penganjur lebih proaktif pada masa-masa yang akan datang. Jangan sampai ada yang patah riuk sebab berebut nak masuk arena nanti sudah lah...

Yang tidak kurang juga pentingnya, cubalah belajar mengakui kesilapan dan membuka telinga untuk mendengar pandangan orang lain. Pendapat 100 orang mungkin lebih bagus dari pendapat seorang....