Benarkan semua ini akan berlaku?
Enam pasukan, termasuk Pahang - negeri Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah - akan disingkirkan daripada musim Liga Malaysia 2010 kerana tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
Baca di sini, di sini, dan di sini.
Persoalannya, apakah 'kata-kata' ini akan ditukar jadi realiti? Secara peribadi, aku tidak yakin. Jika tidak, takkanlah ada 'klausa penyelamat' seperti ini: "Ini hanya cadangan jawatankuasa, tetapi kata putus akan ditentukan oleh Majlis FAM."
Langkah FAM mengumumkan perkembangan itu juga, seperti yang aku jangkakan apabila mengetahuinya, petang semalam, bingkas mengundang 'teori konspirasi' dengan beberapa peminat Kelantan berkata ia langkah badan induk itu untuk 'mensabotaj' Kelantan yang sedang bersiap untuk final Piala Malaysia, Sabtu ini.
Itulah sebabnya, FAM kena perlu hati-hati. Kalau nak bertegas pun, kena pandai pilih waktu dan ketikanya. Sekarang ni, tak pasal-pasal dah kena tuduh nak sabotaj orang. Nasib baik ada juga akhbar yang cepat dapatkan perkembangan lanjut untuk meredakan kemarahan orang Kelantan.
Ramalan aku? Beberapa pasukan yang 'berpengaruh' dalam Majlis FAM akan tetap dibenarkan bertanding untuk musim Liga Malaysia 2010. Tak percaya? Kita tunggu dan lihat....
The King and U
1 day ago
18 comments:
for the sake of malaysian football, all those who don't meet the criteria should be kicked out... when japan started their pro league, and even now, the then Chairman of the J-League said, "change is difficult and needs tough decision. we have to be brave to take this decision"
aku setuju bahawa beberapa pasukan yang dilaporkann gagal memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan akan dibenarkan mengambil bahagian kecuali mungkin Sarawak yang yang memang tak berminat untuk bermain.
Orang2 FAM berani ke nak singkir pasukan2 tersebut? podahhhhh.
Cakap saja bagai rak....
malaysia boleh??????????
Sekurang-kurangnya Dato' Che Mat Jusoh telah lakukan tugasnya dan serah baton pada Ahli Majlis. Kita tengok siapa yg tidak tegas & ikut peraturan. Cumanya dari kalangan pasukan yang tidak layak itu lah datangnya orang-orang terpenting dalam FAM! Jika tidak layak, maka adakah mereka terus layak berada di sana? Rasanya ada yg akan `diselamatkan' atas alasan `kepentingan b/sepak negara' disebalik kepentingan diri mungkin? kita tunggu.....
ariff
Gen-Sec kena tunjuk yang dia berani buat kenyataan bukan keputusan. Benda-benda macam ni bukan baru dalam stori tentang FAM. Kiranya 'wag the dog' la sebab dah tak de cerita menarik kat Kelana Jaya esp. tentang team dan bola sepak negara. Daftar awalpun bukan boleh buat apa. Most of the 'most-sought' players ada kat FAM tengah traning utk Pra Piala Asia dan Sukan Sea. Talking 'bout Pra Piala Asia, berapa agak-agak Malaysia nak kena dengan Uzbek. Bukan mengutuk tetapi look at the reality. Apa persediaan yang kita buat compared to the Uzbek? Skrg sibuk nak final Piala Malaysia pas2 kena prepare International match. Seeloknya M'sia from dari beginning pull out drp Pra Piala Asia. No meaning jika jadi pasukan belasahan. Return leg kat sana nanti dah masuk musim sejuk. So apa preparations kita. Sory la maybe off-track ckit tp macam topik ni la..Aku tak percaya..
XABI ALONSO
LARKIN
Adalah tidak wajar FAM membuat perubahan sekarang kerana ianya telah menjadi barah baru mahu berubat. Apakah kebaikannya untuk berubah sedangkan Persatuan negeri dan kelab masih tidak tahu erti tanggungjawab.
TAK PAYAH tanya diri sendiri sama ada nak percaya atau tidak...dah berbulu mata kita tengok terlalu banyak cadangan dan peraturan yang diubah ikut citarasa mereka yang mahu menjaga kedudukan. Yang pasti, kita harus 100% tidak percaya perkara sebegini akan terjadi.
Dato' Che Mat Jusoh telah pass baton pada Ahli Majlis! Syabas Dato'! Kita tengok sama ada stick to the rules atau ada `tangan kasihan' dalam Ahli Majlis! Tambahan pula yang ada dalam Ahli Majlis datangnya dari pasukan yang `tidak layak' bertanding pd tahun hadapn! Berani kah mereka menyingkirkan pasukan sendiri yang boleh menyebabkan mereka tidak lagi berada di kerusi itu pada tahun hadapan? Berani bet.. tak kan berani... dgn alasan yang muak didengar!
Dengar khabarnya, Kelantan akan tetap bertanding kerana Annuar Musa akan gunakan duitnya sendiri untuk bayar segala hutang lapuk Kelantan jika KAFA sendiri tidak mampu untuk berbuat demikian.
Pahang juga melalui SU Agungnya telah memberi jaminan untuk melangsaikan segala hutang piutang termasuk caruman KWSP.
Cuma yang menjadi tandatanya, dari mana nak korek duit dalam jumlah yang besar itu?
Seperkara lagi, jangan bayar hutang KWSP saja, hutang gaji pemain dah lupa ke?
Menurut beberapa orang pengadil FAM yang pernah bertugas di Pahang juga, Pahang FA tidak membayar elaun tugas mereka. Mereka terpaksa membayar duit hotel, tol, minyak dan makan semasa mengadili perlawanan di Pahang tetapi malangnya, terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Apabila dimaklumkan kepada FAM, badan induk itu seperti lepas tangan dan tidak mahu bertanggung jawab kerana menurut para bijak pandai di FAM, urusan pembayaran elaun tugas pengadil adalah tanggungjawab pasukan tuan rumah.
Jadi kepada siapa lagi nak mengadu? Tak kan benda macam tu pun mereka nak mengadu kepada presiden.
Tapi berani ke para bijak pandai itu mengarahkan Pahang FA supaya bayar hutang kepada pengadil?
Tepuk dada tanya selera....
SEBELUM kita mahu percaya kepada kenyataan FAM itu, cuba ingat semula beberapa keputusan yang pernah dibuat seperti berikut:-
1. Tahun lepas Selangor dipotong 3 mata ekoran beberapa orang pemainnya lari meninggalkan kem latihan yang dianjurkan oleh FAM - akhirnya pemotongan mata in ditarik balik;
2. KL Plus diberi walkover 3-0 di atas pembatalan perlawanan di Kelantan - juga ditarik balik dan kedua-dua pasukan diarahkan supaya bermain semula;
3. Stadium Kelantan digantung dari sebarang perlawanan anjuran FAM - juga ditarik balik
4. Kelantan didenda hampir RM100,000 ekoran rusuhan penonton - akhir dikurangkan jumlah hukuman kerana FAM sendiri mengakui tersilap hukum.
Jadi, sebelum kita nak percaya cakap cakap orang FAM, kita kenalah fikir dua kali beb!
Bro, pelik juga bila ada negeri yang secara tiba2 ada banyak duit untuk langsaikan hutang? betul ke? kenpa tak buat dari dulu? mana datangnya duit ni? tapi kalau tak bayar pun sapa nak tahu kan!betul2 kurang percaya.....
BERITA terkini yang aku baca dalam akhbar hari ini (bukan Berita Harian), melaporkan FAM belum menetapkan barisan Pengadil untuk Final sabtu ni. Ianya masih rahsia dan prestasi pengadil sedang diteliti. Hanya pengadil paling cemerlang sepanjang musim ini akan dipilih, kata orang kuat FAM.
Maaflah. Sekali lagi aku terpaksa tidak percaya kepada kenyataan itu. Manakan tidak, seluruh Malaya telah tahu dan heboh tentang pengadil final yang telahpun dilantik.
Rata-rata keluarga pengadil yang dihubungi meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui nama-nama pengadil tersebut.
Mengikut tradisi, pengadil termasuk penjaga garisan final kebiasaannya adalah terdiri drp mereka yang tidak terlibat dalam semi final.
Menjadi amalan juga, mereka ini akan dipilih dari negeri-negeri yang berbeza atau lebih tepat dari zon atau kawasan yang berbeza.
Untuk nampak adil juga, selalunya ianya bukan dari satu kaum saja.
Apa yang terjadi, final kali ini akan diadili oleh pengadil dan penjaga garisan yang terlibat pada semi final.
Lebih teruk, ada negeri yang menyumbangkan dua orang wakil serentak - sesuatu yang tak pernah terjadi sebelum ini.
Untuk memburukkan lagi keadaan, dua oran lagi dari kawasan atau zon yang sama.
Hasrat Najib untuk mengwujudkan 1Malaysia turut dipandang sepi oleh FAM. Bukan berniat untuk menyalakan api perkauman, tapi realitinya begitulah. Hanya 1 kaum saja terpilih untuk final kali ini.
Akhir kata, aku memang tidak pernah percaya apa jua kenyataan dari para bijak pandai orang-orang Kelana Jaya ini.
Lya
Kuala Linggi
Kosmo 5 Nov 2009
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagaimanapun enggan mengumumkan nama pengadil yang telah dipilih itu dan hanya akan mendedahkannya pada hari perlawanan.
"Jabatan Pengadil FAM telah menetapkan empat orang pegawai perlawanan yang akan bertugas Sabtu ini. Ia dipilih berdasarkan prestasi mereka sepanjang mengendalikan perlawanan musim ini.
Nota
Logik ke nak umum pada hari perlawanan.
Pengadil memerlukan persiapan awal - mental dan fizikal.
Jabatan Pengadil yang lantik atau JK yang melantik
Yang pasti, sudah tentu pengadil dari kalangan anggota tentera.
Teruskan perjuangan dan gunakan peluang yang ada untuk segalanya.
Zorro
Tanjung Batu
SIAKAP senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri - Itu yang pernah aku dengar sejak dari darjah satu lagi.
Buat apalah nak berbohong itu dan ini? Kalau nak bohongpun, bagi la alasan yang masuk akal sikit supaya orang boleh percaya.
Tak tau la apa nak jadi dengan si pengurus ladang ini. Sejak bila penyakit kuat menipu yang memang diwarisi oleh Tuan Laksamana atau yang lebih dikenali sebagai Mandor Mat Musang ini boleh berjangkit kepada pengurus ladang?
Sang pengurus memaklumkan bahawa pertandingan akhir yang akan dianjurkan oleh ladang tersebut akan diadili oleh 4 orang yang terbaik dari kalangan buruh-buruh ladang. Ianya masih menjadi rahsia, menurut si pengurus.
Kesian si pengurus kerana cobaannya untuk menipu telah dibocorkan oleh pencacai bawahannya.
Juri terbaik seperti yang dimaksudkannya telahpun diketahui seantero pelusuk ladang. Hampir kesemua penghuni ladang menepuk dahi kerana tidak berpuas hati dengan juri yang dilantik.
Penghuni ladang berpendapat, wujud unsur-unsur kronisme kerana juri yang dilantik itu datangnya dari blok yang sama. 2 orang dari Blok mutiara dan dua lagi dari blok lembah kalang. Mengapa asyik muka-muka yang sama saja dipilih? pusingan 1, 2,3 dan akhir semuanya juri yang sama.
Yang agak sedih, juri kali ini bukan saja dari blok yang sama, malah terdiri drp 1 kaum sahaja. Kaum-kaum lain yang banyak membantu perjalanan ladang itu ditinggalkan begitu saja.
Ikan Yu
Sayong
Bro Zorro,
Mengapa anda begitu dengki apabila skot kami dipilih? Dia memang hebat dan paling terbaik sekarang. Silap haribulan dia akan pergi ke piala dunia afrika selatan tahun depan.
Kalau boss kami askar, memang le dia pilih dari kalangan kami. Tak kan nak pilih reporter macam khawari kot...
Kepada skot-skot sekalian, rakan-rakan dari Penang dan teman-teman dari Lembah Kelang, marilah kita serbu dan serang Bukit Jalil sabtu ni kerana 4 skot kita akan menjadi org penting di sana nanti. Pastinya, kita memang yang terbaik.
JUMPA DI SANA
Pengadil selain Pulau pinang dan Lembah Kelang tidak berkualiti. itu sebab hangpa tidak boleh jadi pengadil final. ADA PAHAM?
I like reading all the postings you guys have put up here..
With regards to the refereeing, I shall reserve my comments, because I think though some of the points here are valid, I still think he should be based on his performance, together with his assistants, post-match. No point crying over spilt milk at this moment, in my view..
However, with regards to the main topic of Khawari's article, I also doubt the sincerity of FAM with regards to the 6 blacklisted teams (Pahang, Perak, Penang, Shahzan Muda, Malacca and Kelantan).
I'm sure Kelantan will be allowed to play, they'd easily be picking half a million in gate takings tomorrow night, and that should help them alleviate some of their old debts..
With regards to Pahang, I was amongst many who were dead sure that FAM would have changed the format for next season, in order to save Pahang from the drop as how they did so in the past, but I was proven wrong, gladly though..I think we must give credit where credit is due..
Whether Pahang plays or not next season, I'm sure FAM would like them to, but if EPF can provide a guarantee that they're happy with Pahang's progressive payment, that should not be a stumbling block for Pahang's continued involvement in the M-League..
I, like you passionate fellows here also believe that if only the strong continue to survive in shaping our football in the future M-Leagues, then so be it kalau teams that fail to comply are shown the exit forcefully or willingly.
There is no free lunch in this world, unless of course you work with Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pelancongan or PKFZ! FAM MUST STAND THEIR GROUND!!
Shamim Imran
MyTEAM FC (until Nov.30, 2009-sadly) & Planet Football
nih adalah pdh pade fam yg mengharamkan pemain import beraksi..di sebabkan tu pykong da xbermnt nk tgk kat std..amik tau pun dlm paper jewk..bile kantung nak ade???..>>skunk bile kantung team da kering ape lagi utang keliling pingganng la..pastu fam pun xnk tggungjwab carik kslahn team yg ader prob kewangan..pndai politik la dorang nih....
aku yob4ever crew kecewa la ngn keadaan skunk nih...
mintak NIZAR tlg turun seblum bolasepak perak hancur....
ZAMBRY pulak bantulah pasukan atas name negeri bukan politik...
Post a Comment