Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

Tahniah skuad bola sepak negara. Tahniah K Rajagobal. Tahniah kapten, Safiq Rahim. Tahniah barisan pemain-pemain muda negara.

Biarpun kecundang 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, hak skuad negara bergelar juara Piala AFF Suzuki buat julung kalinya memang tidak dapat dinafikan. Mereka memang berhak.

Lebih menarik ialah melihatkan situasi di mana seluruh warga Malaysia, tidak kira usia, kaum mahupun latar belakang, yang sama-sama bersorak gembira dan berkongsi keghairahan hasil kejayaan ini.

Ini hanya permulaan. Perjalanan masih jauh. Kita bangga dan hargai pencapaian mereka. Kita juga mahu percaya, barisan pemain-pemain ini mampu mengangkat Malaysia ke tahap lebih tinggi lagi - supaya tidak lama lagi, kita mampu dengan mudah menamakan kesebelasan skuad negara, bukan lagi hanya tahu barisan utama kelab-kelab liga asing yang jadi pujaan.

Tahniah, sekali lagi, Harimau Malaya. Garuda dipatahkan sayap, kini detik Harimau Malaya mengaum bangga!

1 comment:

Mat Pintu said...

salam kenal.

Tahniah kepada team Malaysia. Terima kasih coach Rajagobal, man of the moment. Beliau menutup segala kritikan dengan membawa pemain muda (dari liga M dan 'liga Slovakia') muncul juara walaupun pd awalnya bukanlah pasukan pilihan.

Pemain paling impressive: Safee Sali, Safiq Rahim, Khairul Fahmi, dan Azmi Muslim