Terima kasih kepada kecanggihan teknologi terkini, aku dapat berhubung kembali dengan ramai rakan-rakan lamaku, daripada seluruh pelusuk rantau dan dunia. Ramai yang kembali dapat saling berkomunikasi, saling mengirim berita dan memaklumkan perkembangan terkini.
Antaranya ialah rakan sepersekolahan aku selama lima tahun di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Azmi Abdul Rahim (gambar).
Apa yang mahu aku kongsikan di sini ialah bukti betapa, biar di mana sekalipun kita berada, semangat cintakan Malaysia sebagai tanahair - dan perkembangan sukannya, terutama bola sepak - tidak pernah terhakis dalam sanubari.
Azmi jelas antara 'generasi terpilih masa depan' dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jika tidak, masakan ketika ini dia sedang mengikuti pengajian di universiti ketenteraan Amerika Syarikat di Fort Leavenworth, Kansas.
Namun apa yang mahu aku kongsikan ialah semangat 'Jalur Gemilang' yang dijelmakankannya biarpun beribu-ribu batu jauhnya daripada tanahair.
Ketika skuad bola sepak negara berjuang di Laos, semangat mereka dikongsi Azmi. Ketika anak buah K Rajagobal mencipta kejutan dengan menewaskan Thailand untuk mara ke separuh akhir, dia memaklumkan kepada aku betapa akhirnya dia dapat mentertawakan rakan sepengajian daripada Thailand.
Ketika Malaysia turun menentang Laos di separuh akhir dan Vietnam pada final, di depan pintu biliknya tergantung megah Jalur Gemilang. Malah sebaik Malaysia meraih pingat emas, Azmi berdiri di dalam kelasnya dan dengan bangga berkongsi berita kejayaan itu dengan rakan-rakan lain yang hadirnya daripada seluruh pelusuk dunia.
Beberapa hari lalu, skuad bola sepak negara 'kalah melawan' kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-1 pada kelayakan Piala Asia, angkara gol lewat lawan pada masa kecederaan.....Ini yang dikongsinya menerusi emel kepada aku, pagi ini, yang bertajuk 'Kebanggaan Seorang Anak Malaysia'
'Salam bro,
Pagi tadi, setelah a few days tak berjumpa rakan officer di negara lain disebabkan kesibukan masing-masing, saya terserempak dengan officer dari UAE. Dia memang kurnag hendak menegur saya sebelum ini...almaklumlah orang kaya...
Jadi bila dia menahan saya yang sedang berjalan, ia amat mengejutkan saya. Rupa-rupanya dia nak mengucapkan tahniah kerana peningkatan mendadak skuad bola sepak Malaysia...dan dia kata amat susah untuk mengalahkan Malaysia walaupun bermain di tempat mereka sendiri...
Dia juga dengar bahawa skuad Malaysia itu merupakan muka baru...dan saya confirmkan berita itu betul kepada dia...
Dia kata, kalau sekarang pemain muda Malaysia sudah bermain begitu, satu hari nanti Malaysia akan muncul salah satu kuasa bola sepak Asia...
Alhamdulillah...saya tersenyum...dan dalam hati saya, usaha sudah menampakkan hasil...cuma kita perlu terus ke hadapan, tidak perlu menoleh ke belakang lagi...
Kilang sudah meneruskan produk pemain berkualiti...dan satu perkara selain dari skil..pemain muda kita mempunyai kecergasan dan semangat juang yang luar biasa...yang tiada atau jarang ada pada pemain kebangsaan sebelum ini..."
Buat pemain-pemain negara, harus ini jadi sebagai sesuatu yang wajar kekal dalam ingatan!
The King, his family and U
2 weeks ago
2 comments:
Faktor impak bola sepak...berbeza dengan seorang jagoan dalam taekwondo, squash, silat, sepak takraw, bowling, lawn bowl yang menjuarai kategori dunia sekalipun, kejayaan yang dicipta oleh pasukan bola sepak dalam apa jua kejohanan membawa impak yang cukup berbeza.
Don't be surprised Khawari there are still many fans out there who do feel pride for Malaysia's win. We have been let down many times in the past but we will always give the team another chance and another and another...
Let those Malaysian fans who proudly wear the jerseys of England, Brazil or Italy say what they like, we will take our successes when they come :D
Post a Comment