Angin perubahan yang melanda negara, daripada aspek lebih terbuka terhadap peranan media, nampaknya langsung tidak dirasai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Itu sahaja mampu aku simpulkan ketika mendengar perkhabaran FAM menjatuhkan penggantungan enam bulan terhadap ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan - sehari sebelum Kelantan turun pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia.
Bagi aku, memang FAM sebagai badan induk bola sepak negara, ada kuasa. Tetapi kenalah tindakan dan hukuman kena dengan kesalahannya. FAM tidak boleh berselindung dengan kuasa yang ada. Kerana itu adalah resipi kegagalan pasti untuk sesiapa sahaja di FAM yang cuba berselindung di belakangnya.
Aku setuju dengan pendapat sahabat karibku, Eric Samuel, ketika ditemubual di Nadi Arena, Sabtu lalu. Kata Eric: 'Kalau kesalahan Sathia seperti dia keluar kawasan teknikal dan pergi pukul pengadil, itu kita boleh terima. Ini tidak menjejaskan apa-apa. FAM perlu lebih rasional dan tidak hanya menggunakan kuasa untuk menghukum begitu sahaja...'
Itu memang tepat. Malah lebih penting, 'FAM must not only do the right thing, but MUST BE SEEN to be doing the right thing.'
Dalam hal ini, menggantung Sathianathan, sehari sebelum aksi penting pasukannya - untuk kesalahan yang berlaku hampir tiga bulan lalu - mendedahkan tafsiran FAM ada agenda sumbang terhadap Sathianathan dan Kelantan.
Walaupun itu mungkin buat niatnya, tetapi itulah yang ditafsirkan umum.
Seperkara lagi, sebagai Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (FAM), aku mahu membawa perhatian Pengerusi Jawatankuasa Media FAM, Datuk Subahan Kamal, kepada sikap 'selective prosecution' yang didakwa dilakukan oleh segelintir pegawai Sekretariat FAM.
Ada rungutan rakan-rakan wartawan permohonan mereka untuk kad media perlawanan akhir Piala Malaysia - yang dihantar sebelum tarikh tutup - tidak diluluskan kerana pernah mengkritik FAM.
Aku sedang buat siasatan. Jika dakwaan itu terbukti benar, aku harap Datuk Subahan dapat perbetulkan segera. Ingat kata nasihat, kesabaran ada hadnya. Jika selama ini berdiam diri membiarkan segelintir pegawai berbuat sesuka hati terhadap media, ia tidak akan berpanjangan lagi.
FAM sebelum ini tidak pernah ada Jawatankuasa Media. Datuk Subahan adalah pengerusi pertamanya. Jadi, tolong buat kerja, pantau dan intai mana yang perlu. Juga, ajarkan segelintir pegawai di FAM untuk lebih bijak menangani Media. Jangan pilih pendekatan 'pekakkan telinga, butakan mata, hentam sahaja sesiapa yang kita tidak suka!'
Jika tidak boleh - dilakukan secepat mungkin kerana final hanya beberapa hari lagi - lebih baik tutup Jawatankuasa Media. Ia tidak harus jadi platform mencari publisiti, jika tidak pandai menjaga hubungan dengan pihak yang akan memberikan publisiti itu.
The King and U
1 day ago
9 comments:
Tutup sahaja jawatankuasa media di FAM tu. Masalah ini tidak akan ada perubahan nya sekiranya kuasa-kuasa membuat keputusan dipegang oleh orang-orang yang sudah tidak lagi relavan didalam FAM itu sendiri. Memang memeranjatkan dengan tindakan jawatankuasa FAM tidak meluluskan beberapa kad akreditasi Media utk Piala Malaysia Final hanya kerana mereka mengkritik FAM. Adakah FAM tidak boleh dikritik langsung? Adakah FAM "KEBAL"???
Selagi ada golongan yg amat mementingkan diri dlm sekretariat FAM serta pandai bermuka muka di depan tetapi berhati amat BUSUK, selagi itu lah bolasepak negara tidak akan ke mana.. Nampak nya ahli2 Jawatankuasa baru yg dipilih utk menerajui FAM tidak akan berjaya merubah imej FAM kerana ada nya orang2 kuat yang pandai mengampu Tuanku Presiden yg mungkin selalu di beri gambaran yg tidak betul... Ingat lah, doa orang2 yg teraniaya lambat laung akan di makbulkan... JUSTICE WILL PREVAIL....
Salam Bro,
Aku tak terkejut dengan tindak tanduk FAM, tahun 2007 TMFC pernah kena tindakan dengan FAM. Dulu pegawai persatuan bolasepak Perlis dan pegawai persatuan bolasepak Kelantan sengaja 'mengenakan' TMFC kerana begitu terdesak nak memang dan masuk peringkat seterusnya dalam piala FA.
Banyak lagi 'drama-drama' akan berlaku nanti.....jangan sampai nanti ada pulak masalah pendaftaran pemain dan status pemain di kenakan semula, kami dah 'rasa' mainan FAM dan sesetengah kerenah pegawai persatuan negeri yang bertindak menghalalkan cara asalkan pasukan negeri mereka berjaya. Kalau tak percaya tanyalah pada salah seorang Naib Presiden FAM yang arif tentang undang2 bolasepak ini...'Majulah sukan Negara', bukan majulah sukan untuk negeri aku atau majulah bolasepak asal aku dapat berbagai gelaran...hehehe..
TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA WARGA KERJA FAM YANG DEDIKASI DAN PILIH KASIH.
minda orang-oramg FAM nampaknya masih kuno..
masih sibuk berbicara tentang kritikan-kritikan..
masa bermesyuarat banyak dihabiskan untuk membincangkan isu remeh temeh. kritikan dibalas dengan hukuman, bukannya penambahbaikan....
alangkah baiknya masa mensyuarat FAM tu digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti bolasepak tempatan?
bukannya MENJAHANAMKAN apa yang dah orang lain capai....
TAk baik salahkan JK media tau. Siapa yg sign kat belakang kad tu? Mamat ni la yg keras kepala dan anggap dia saja yg betul...
Utusan 26 Okt 2010
Sebelum itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan, penggantungan Sathianathan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Sambil menjelaskan situasi sebenar, Azzuddin berkata Lembaga Disiplin FAM sudah meneliti kes tersebut sejak Julai lepas.
''Hukuman yang dikenakan terhadap Sathianathan dan Che Ku Marzuki, dijatuhkan pada 21 Oktober selepas Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang dipengerusikan Datuk Taufik Tan Sri Razak bersidang kali pertama.
''Sebenarnya kes ini sudah lama dalam perhatian Lembaga Disiplin, namun ekoran pemilihan Kongres FAM pada 31 Julai lalu dan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif kali pertama berlangsung pada 24 Ogos, maka tiada sebarang keputusan diputuskan, kerana Lembaga Disiplin yang baru masih belum terbentuk.
''Pelantikan dan pengesahan pengerusi serta ahli dalam setiap jawatankuasa hanya selesai pada 4 Oktober baru-baru ini, maka selepas itu, barulah Lembaga Disiplin dapat bersidang dan mendapati Sathianathan dan Marzuki melanggar peraturan, '' jelas Azzuddin pada sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Azzuddin turut menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai tiada hebahan media mengenai hukuman terhadap Sathia.
''Berdasarkan polisi terbaru sekretariat FAM, segala keputusan yang dicapai oleh mana-mana jawatankuasa, harus dimaklumkan secara rasmi kepada semua ahlinya, sebelum dihebahkan kepada media.
***********************************
Dari 4 Oktober 2010 sehingga ke hari ini, Johan Raja Lawak tak mampu nak kemas kinikan jawatankuasa kecil dalam laman sesawangnya.
Ini bermakna, jk kecil itu hanya ada seorang ahli sahaja.
Tahniah sekali lagi buat semua warga kerja FA.... M......
kes khairul anuar baharom 'menzidanekan' kepala harris safwan bila nak dibicarakan...wahai FAM....
Chance for Media Department to be modified and expanded :)
For the Game. For the World.
Post a Comment