Bukan kejutan apabila FAM bertindak menaikkan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan.
Kenapa aku katakan begitu? Kerana FAM tidak pernah berfikir panjang. Tiada strategi jangka panjang. Apa yang difikirkan ketika ini ialah final ini satu peluang, kenapa tidak naikkan harga tiket supaya lebih wang dapat dihasilkan.
Kenapa aku katakan FAM tidak berfikir panjang? Kerana ini strategi perniagaan yang sudah lapuk dan kolot - 'ambil kesempatan apabila ada peluang, untuk keuntungan jangka pendek. ' Seperti 'membunuh angsa bertelur emas'. Itu resipi perniagaan yang sudah terbukti gagal.
Kerana apa? Kerana orang yang sudah 'terkena', mereka tidak akan kembali lagi ke perniagaan kita. Seharusnya begitu ramai 'bussinessmen' dalam FAM tahu teori dan pendekatan ini.
Aku terpanggil untuk mengulas selepas mendapat sms seorang rakan:
'(Aku) cuma kesian kepada penyokong kerana mereka penyokong setia bola sepak tempatan yang memenuhkan kantung FAM tak kira venue home atau away....(mereka) ditindas...di kala most of Malaysians tengok 'live' BPL, puak ini yang rajin ke stadium....'
Itu betul. Aku setuju. Susahnya ialah FAM masih hidup dalam 'kepompong' sendiri, masih percaya mereka boleh berbuat apa sahaja dan penyokong akan tetap setia, seperti lembu dicucuk hidung.
Itu kesilapan parti pemerintah sebelum PRU 12 lalu. Dan sudah ada petanda parti pemerintah tahu dan sudah mahu belajar daripadanya. (sorry, aku terpaksa bawa persamaan supaya 'orang politik' dalam FAM boleh faham).
Tetapi adakah FAM nampak mahu berubah? Sebelum kongres lalu, bukan main lagi dijanji angin perubahan. Aku sendiri disanggah dan dihentam penyokong segelintir pemimpin apabila aku mempersendakan segala janji itu secara sinis. Terbukti salahkah aku ketika ini?
Angin perubahan itu sudah jadi angin sepoi-sepoi bahasa yang bukan sahaja langsung tidak menyakitkan, tetapi menyejukkan lagi FAM. Siapa menanggung akibat? Penyokong dan peminat yang sebelum ini mengharapkan perubahan, tetapi kini dipaksa menanggung beban apabila ramai dalam FAM hanya mengangguk kepala tanda setuju apabila harga tiket dinaikkan....Kalau tak setuju, kenapa tak 'berkokok'?
FAM sepatutnya lebih bijak. Jadikan kesempatan final ini sebagai strategi 'menawan' lebih ramai lagi penonton supaya meminati bola sepak tempatan. Final adalah pentas terbaik untuk 'membalas budi'. Mungkin tidak dapat untung segera, tetapi pupuk minat dan daya tarikan supaya penyokong akan sanggup hadir secara lebih kerap lagi, semata-mata selepas mendapat pengalaman manis ketika final ini.
Tiada rugi kita berbudi, kerana untungnya akan kita rasainya juga suatu hari nanti.
Satu lagi. Aku tertanya-tanya apa rasional Persatuan Bola Sepak Kelantan hanya mahu menjual 10 ribu tiket dengan harga RM30. Dan baki 20 ribu tiket dijual menerusi pakej berharga RM40 untuk tiket berharga RM30 dan juga barangan cenderamata pasukan. Siapa yang untung? Jangan anggap aku bodoh dan guna ayat seperti 'duit ini untuk persatuan dan pasukan juga.' Takkan tiada siapa yang mengaut untung?
Belajarlah daripada pengalaman lalu. 'Orang kita' bukan bodoh lagi.
The King and U
1 day ago
7 comments:
kalau dah namanya FAM - "Fulus Asal Masuk", memang la macam tu...
Tak pernah belajar daripada pengalaman...
Dan dikepalai pulak oleh orang yang bodoh b@ng@ng....
Tapi hati-hati mengkritik mereka, nanti kena gantung...
bro...you have said the right things..
bro...you have done the right things..
alas, will we see changes?
..NOT AT ALL from those MASTERS OF NONE!!
Alasan FAM @ Fulus Asal Masuk adalah utk mletakan prestif Piala Malaysia (PM) pd kdudukan yg tinggi. Jadi harga tiket mesti dinaikan. Apa punya bangan alasan, apa punya bodoh pemikiran. Selama ini harga tiket murah kerana prestij PM rendah tarafnya? Jgn gunakan alasan budak skolah ni. Ataupun krn FAM tlh bsiap-sedia kewangan utk repair krosakan yg bakal dimusnahkan oleh penyokong Kelate?. Sbg anak Kelate jati, trasa jg kalo ada yg bfikir bgitu.
Mana dia pmimpin2 baru dlm FAM? Knp x bsuara? Atau KAMU juga trut besengkokol dgn org atas kamu? KAFA? 1 lg persatuan negri yg blm puas kumpul kakayaan. Sokongan kami x pernah dihargai, malah terus diperas. Ambillah kkayaan dunia tu. Kumpullah byk2.
Pahtu sapa bilo kito nok jdi pok turut KAFA? Acu guno kuasa kito sbg pnyokong. Boikot gi stadium. Xke rugi heh kalu kito tak gi stdium. On TV1 & Astro Arena, pakat duk congok depe tv.
KAFA & FAM lapa pitih. Pitih hok ado x rajen cukop. Bo la duk sokonnyo. Kito ni supo hok bodo duk ikut gapo hok FAM & KAFA buat. Stakat maroh sajo, tp xdok tindake. Kito btindak loni, BOIKOT. Pahtu kito tgk puak tu nok wat guano.
Kalo ado hok kato "fikirlah positif, ni utk kebaikan pasukan kito"... Hahaha..hok kawe nok su'ko. Kito jah hok keno pike psitif tp puak KAPE, eh silap, puak KAFA X RAJEN MIKE PASA KITO.
Kawe like kato TAIKO dlm (http://kelantanfa.com/macam-macam-berlaku-apabila-kelantan-layak-ke-final/) "FAM / KAFA X BODO. PENONTON JAH BODO…DH TAHU FAM / KAFA TU LINTAH DARAT….BAKPO DOK SOKONG LAGI….BALIK TENGOK MUKO DI CERMIN…..CERDIK KO BODO AKU…"
FAM & KAFA srupo jah, nok nyekso kito rakyet Kelate. Btindak slalu lah.
huh rasional tulisan memang tepat . . . kebanyakkn fan aware akn kepincangan FAM . . just jaga jag dlm tulisan bro. . .biasa la FAM pantang d tegur . . hukum gantung jer kerjanya. . .
Pada mulanya tidak begitu terpanggil untuk memberi pandangan dalam soal kenaikan harga tiket untuk final kerana tidak melibatkan pasukan yang disokong.
Tetapi apabila meletakkan diri di dalam kedudukan penyokong kedua-dua pasukan yang akan bertanding memang jelas terasa penindasan dilakukan oleh pihak FAM.
Antara sebab yang diberikan ialah kos penganjuran yang meningkat, tetapi sekiranya Stadium Nasional dipenuhi sehingga mencecah kapasiti sudah pasti banyak lebihan yang akan diperolehi.
Walaupun akhirnya lebihan tersebut akan diagihkan kepada pasukan-pasukan yang terbabit tetapi ianya tetap membebankan para penyokong yang masih mempunyai minat terhadap bolasepak tempatan sedangkan mereka mempunyai pilihan untuk menonton bolasepak luar negara atau menonton perlawanan tersebut secara 'live' di TV.
Atau mungkinkah FAM menjangkakan akan berlaku lagi insiden amukan seperti tahun lepas dan sudah terlebih dahulu membuat kutipan untuk membaiki kerosakan di stadium?
Pelbagai spekulasi boleh dibuat, tetapi buat masa ini yang menanggung beban masih lagi mereka yang memeriahkan Liga Malaysia anjuran FAM juga.
Sungguh ironi.
A'kum abg Khawari.
Saya suka komen2 abg. abg juga membuat kerja yg bagus utk arena.
cuma satu jer, presenter2 tak berapa mantap. abg patut dapatkan presenter yg muda, ayu dan berkebolehan.
Sekian.
Post a Comment