Thursday, March 18, 2010

Astro Arena - Nadi Sukan Malaysia

Astro Arena - dengan 'tagline' Nadi Sukan Malaysia - dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM), pagi tadi. Himpunan jaguh-jaguh sukan negara - daripada dahulu hingga sekarang - turut hadir menggemilangkan majlis pelancaran itu.

Bersama 'bos' saya, Pengarang Urusan Astro Arena, Dez Corkhill
Saya bertuah dan gembira kerana berpeluang menjadi 'ahli keluarga perintis' kepada apa yang mungkin boleh dianggap sebagai satu lembaran sejarah baru sukan negara.
Astro Arena, di saluran 801 dan 'percuma' kepada semua pelanggan Astro - termasuk yang hanya menikmati pakej asas keluarga - adalah saluran sukan pertama tempatan yang akan beroperasi 24 jam dan menyiarkan majoriti perkembangan sukan tempatan apabila mencecah tahap operasi maksimum nanti.
Saluran ini akan ke udara pada 26hb Mac ini. Antara paparannya - buletin sukan 'Nadi Arena' yang akan disiarkan setiap hari pada jam 7.30 malam. Saya punya watak dan pembabitan secara langsung dengan buletin yang dipertanggungjawab kepada Jabatan Berita Astro Arena.
Turut dalam 'menu' sebaik ke udara nanti ialah rancangan bual bicara 'Kafe Sukan' setiap malam Isnin, rancangan khas bertopikkan bola sepak 'Formasi' setiap malam Rabu dan 'Aktifpedia' yang akan memberi peluang kepada penonton untuk lebih mengenali persatuan-persatuan sukan dan atlit-atlit negara daripada pelbagai jenis sukan - baik sukan utama mahupun sukan yang mungkin sekian lama dipinggirkan.

Dari kiri - Wan Norbazly (wartawan Astro Arena), saya, Datuk Rohana Rozhan (Ketua Pegawai Eksekutif Measat Broadcast Network System), Tunku Imran (Presiden OCM), Datuk Ahmad Shabery, Venu Ramadass (Pengurus Saluran Astro Arena) dan Ahmed Faisal Jamal (Penerbit Nadi Arena).

5 comments:

rizal hashim said...

Selamat berjuang, semoga nadi sukan malaysia berusaha mendenyutkan jantung sukan negara, menghantar darah-darah dalam bentuk idea ke urat-urat (persatuan daerah, negeri) agar sukan hidup dalam masyarakat kita!

Anonymous said...

Harap-harap Astro Arena tak macam astro lain yang banyak tayang cerita sampah.... meluat tengok di bawah ketiak isteri.
Serious cakap, kalau saya nak tengok cerita atau drama melayu, saya tak kan buka cenel astro beb...

Astro arena ni jangan juga terlalu banyak siar rancangan yang tah berapa kali telah diulang tayang. Nanti penonton akan lari...
Result sukan perlu update dan bukan mcm sukan awani yg selalu tayang basi punya aktiviti sukan...
Jangan marah kawawi, nanti kena jual...

Anonymous said...

happy to read~ thank you!........................................

Anonymous said...

Harap2kan semua yg dijanjikan atau diperkatakan oleh Astro Arena serta Menteri KBS... semua dapat menikmatinya.

Bukan aje Persatuan Sukan Kebangsaan malah semua persatuan sukan di Negeri, daerah dan kelab2 sukan.

Jgn selepas ini, agen2 atau org perseorangan yg mempunyai agenda tersendiri akan cuba memasuki atau mengambil-alih persatuan2 tersebut untuk mengaut keuntungan bg mereka sendiri.

Jgn pula jangan terkena sakit jantung aje.

Anonymous said...

Untuk live MLS, mohon zainal abidin rawop sbg pengacara dan shaukei kahar sebagai pengulas.